“Hadiah Paling Bermakna & Berharga Saya Berikan,” – Anak ‘Hadiahkan’ Buah Pinggang Buat Bapa Hid4p peny4kit buah pinggang

Peng0rb4nan seorang bapa memerah keringat dalam membesarkan anak-anak tiada gantinya walaupun dengan wang ringgit.

Perkongsian seorang pemuda dikenali sebagai Sharul Ezwan menerusi kumpulan FB RASMI – PERSATUAN SOKONGAN TRANSPLAN BUAH PINGGANG MALAYSIA meraih pujian daripada orang ramai berikutan sanggup berk0rban ‘nikmat kesihatannya’ demi bapa tersayang.

‘Hadiah untuk Ayah’

Menerusi hantaran tersebut, pemuda ini menceritakan ayahnya mengh1dap peny4kit buah pinggang kr0nik tahap lima (end stage renal failure) yang memberi maksud buah pinggang tersebut g4gal berfvngsi sepenuhnya.

Kidney transplant 14/03/2019 (3 tahun yang lalu). Setelah melalui pelbagai peringkat saringan, akhirnya pada 14/03/2019 saya telah menjalani pembed4han pemind4han buah pinggang, living related renal transplant (don0r) untuk ayah.

Ujar lelaki ini lagi, pemind4han buah pinggang kepada ayahnya merupakan hadiah paling bermakna dan berharga yang pernah diberikan kepada insan istimewa ini.

Ayah yang tidak pernah mengenal erti penat membesarkan kami. Terima kasih ayah membesar dan mendidik kami semua. Semoga dengan peng0rbanan ini memberi makna erti kehidupan dan sinar baru untuk Ayah.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Sekarang ayah dah sihat kembali seperti biasa. Dah boleh buat aktiviti harian seperti biasa. Tidak perlu lagi dialysis.

Lelaki ini pada masa yang sama turut memanjatkan rasa syukur dan berterima kasih kepada isteri dan keluarga yang sangat memb4ntu selepas pembed4han tersebut berlangsung.

Alhamdulillah, Terima kasih Allah atas segala nikmat.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut terharu dengan kisah yang dikongsi dan turut menitipkan doa buat mereka sekeluarga.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: OHBulan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!