Wajahnya dikatakan saling tak tumpah dengan ‘Tangmo Nida’ versi berhijab terkes4n kisah kem4tian aktres Thailand

K3S kem4tian aktres Tangmo Nida masih h4ngat diperkatakan dalam kalangan netizen.

Berbagai spekulasi dan teori dikeluarkan oleh pihak tertentu yang mengesyaki kem4langan ini adalah dirancang.

Ketika kisahnya menjadi perhatian, muncul seorang wanita di negara ini yang wajahnya dikatakan saling tak tumpah dengan bintang terkenal antarabangsa dari Thailand itu.

Menerusi perkongsian video yang dimuatnaik oleh adik iparnya, rata-rata netizen turut mengakui bahawa wajah wanita itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Fee Fitroh, 34, mirip aktres berkenaan.

Ketika dihubungi mStar, dia yang mesra disapa Fee berkata wajahnya sudah disamakan dengan Tangmo sejak dulu lagi tetapi semakin diperkatakan selepas k3s kem4tiannya menjadi perhatian rakyat negara ini.

“Saya tak tahu adik ipar nak post video tu. Saya tahu pun selepas kawan dan customer dari Thailand beritahu video saya dah viral sampai negara sana. Customer tu selalu datang salun milik saya dekat Sungai Golok, Thailand.

“Saya sendiri pun memang berasal dari Thailand. Bagi saya, wajah kami tak sama pun. Tapi sejak k3s kem4tian Tangmo, makin ramai orang tegur dan cakap sama,” jelas Fee.

Rakan dan pelanggan dari Thailand beritahu video gadis ini sudah viral sampai negara asalnya, Thailand.

Ketika dihubungi mStar, sesi temubual melalui panggilan WhatsApp ini terp4ksa diterjemahkan oleh adik iparnya, Lely Malik, 28, seorang warga tempatan yang menjadi perantara perbualan.

Ini disebabkan Fee baru menetap di Malaysia setelah berkahwin dengan jejaka berasal dari Kelantan, Nik Rosdi, yang berusia 41 tahun.

Bila video muka saya sama dengan Tangmo tu viral, saya takut juga sebab disamakan dengan orang yang dah meningg4l.

FEE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Saya tak berapa fasih nak cakap Melayu kecuali dalam slang Kelantan. Tetapi sekarang boleh membaca dan mengeja perkataan Melayu cuma lambat sikit.

“Lagipun saya datang Malaysia sebelum PKP tahun 2018 lepas kahwin. Jadi saya masih baru lagi. Saya dan suami tinggal dekat kawasan Rantau selepas mendirikan rumahtangga.

“Saya kenal suami dekat Facebook. Pertama kali jumpa dia pun masa hari perkahwinan. Masa bercinta pun kami cuma berbual melalui video call saja,” jelas Fee.

Wanita ini masih belajar untuk fasih berbahasa Melayu setelah menetap di Malaysia sejak 2018.

Bercerita lanjut, Fee mengakui bahawa dia terkes4n dengan berita kematian Tangmo walaupun tidak mengenali aktres itu secara peribadi.

“Bila video muka saya sama dengan Tangmo tu viral, saya takut juga sebab disamakan dengan orang yang dah meningg4l. Tapi bagi saya cerita kem4tiannya sangat meny3dihkan.

“Saya memang ambil tahu perkembangan Tangmo sebelum k3s kem4tian dia lagi. Bagi saya banyak cerita yang tak betul dikeluarkan. Kita masih tak tahu macam mana sebenarnya kejadian sampai dia m4ti, jadi hal ni bagi saya belum selesai.

Fee juga merupakan seorang model untuk sebuah syarikat tudung.

“Apa yang saya tahu, Tangmo ni orangnya baik. Dulu dia orang susah duduk dengan bapa selepas berpisah dengan ibunya. Masa dia bercinta pun pernah nak bvnuh diri sebab pvtus dengan kek4sihnya,” jelas Fee yang prihatin dengan berita dan g0sip aktres ini semasa di Thailand.

Bercerita mengenai dirinya, Fee merupakan seorang model koleksi tudung sejak tahun 2018 sehingga kini.

Wanita ini berkata dia sudah mula membiasakan diri dengan budaya Melayu namun masih terus makan makanan Thailand yang pedas dan masam kerana ibu mentuanya di Kelantan juga berasal dari Thailand.

Wanita berasal dari Thailand ini turut meluahkan rasa simp4ti dengan nasib menimpa aktres Tangmo Nida.

Dalam pada itu, Fee begitu teruja setelah mengetahui tentang festival makanan Thailand di Malaysia iaitu Absolut Food Fest yang bakal diadakan kelak di Kuala Lumpur kerana dia dan adik iparnya juga akan berniaga di sana.

Sumber :mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!