“Dia sentiasa menghubungi saya, men4ngis setiap hari”-Ramai mar4h ibu Tangmo Nida sanggup m44fkan 2 suspek selepas terima RM3.8 jut4

MULA-MULA simpati, kini ramai netizen m4rah dengan tindakan ibu aktres Tangmo Nida, Panida Siriyudthayothin yang mem4afkan dua suspek kem4ti4n anaknya selepas memberi wang pamp4san berjumlah RM3.8 juta.

Keputusan Panida mem4afkan dua suspek iaitu pemandu bot laju Phaiboon Roberts serta Danupat ‘Por’Lerttaweewit (pemilik pengusahaan bot laju) mengejutkan ramai pihak.

Menurut Panida ketika muncul dalam temu bual di Channel 3 pada Jumaat, dia menerima perm0honan maaf selepas dua individu itu kerap menghubunginya dan mengaku kes4l dengan apa yang berlaku.

“Por seorang lelaki yang s0pan. Dia sentiasa menghubungi saya, men4ngis setiap hari, dan saya akan menerima pamp4san atas pemergian mendiang.

Nida 2

Ibu Tangmo Nida pada mulanya sukar memaafkan lima individu terlibat dalam kem4ti4n anaknya.

“Dia memberitahu saya untuk mengira pendapatan Tangmo Jika Tangmo menerima t4waran berlakon dengan harga 800,000 hingga 1 juta baht setiap siri,

“Jika dia masih hidup selama 30 tahun lagi, dia mungkin akan mendapat lebih daripada jumlah itu,” kata Panida menerusi laporan Coconuts.co

Sebelum ini, Panida tidak mem4afkan semua yang terlibat malah dia juga tidak percaya punca kem4ti4n anaknya berlaku kerana kem4langan.

Akibat kecu4ian pemandu bot bernama Phaiboon Roberts, Tangmo Nida dipercayai terg3lincir masuk ke dalam sungai dan hanya ditemui selepas 36 jam penc4rian.

Mengikut saksi iaitu nelayan yang berdekatan kawasan kejadian, mereka melihat sendiri bagaimana bot laju itu berpusing dengan sangat laju dan tidak terkawal.

Rakan baik Tangmo ded4h pengurus menipv

Dalam pada itu, seorang rakan baik Tangmo Nida iaitu Surattanawee ‘Bow TK’ Suviporn tampil membid4s kenyataan pengurus mendiang, Idsarin ‘Gatick’ Juthasuksawat atau Kratik.

Surattanawee yang merupakan saksi baharu itu menuduh Kratik memutarbelitkan cerita berhubung kem4t1an Tangmo.

Nida 1

Rakan baik tampil membid4s kenyataan pengurus Tangmo Nida.

Kratik ialah pengurus Tangmo dan merupakan salah seorang daripada lima rakan di dalam bot laju ketika mendiang terj4tuh dan hil4ng di dalam Sungai Chao Phraya.

Surattanawee kemudian bercakap kepada pemberita mengenai pertemuannya dengan Kratik di Kelab Bot NBC iaitu lokasi di mana bot laju itu disimpan di daerah Muang, wilayah Nonthaburi, seperti yang dilihat pada rakaman kamera kesel4matan pada 24 Februari lalu.

Bekas penyanyi kumpulan pop Triumphs Kingdom berkata, dia baru tampil memberi kenyataan kerana ingin menunggu Kratik membuat kenyataan terlebih dahulu.

Dia mendakwa apa yang dikatakan pengurus Tangmo itu tidak sepadan dengan apa yang telah diperkatakan kepadanya malah yakin fakta-fakta yang menyelubungi tr4gedi itu telah diputarbelitkan.

Menurutnya, dia menemani Kratik ke balai polis untuk memberikan kenyataan sebelum memandu pengurus wanita itu ke rumahnya.

“Saya berada di dalam kereta bersama Kratik selama kira-kira satu jam. Saya bagaimanapun tidak akan mended4hkan butiran perbu4lan kami,” katanya seperti dipetik Bangkok Post.

Sumber :mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!