“Ini Bukan Pertama Kali Sejak Kahwin Dengan Heliza, Tak Sangka Semakin Menjadi-Jadi”- Datuk Seri Mahadi

Petaling Jaya: “Ini bukan kali pertama nama saya digunakan, malah semakin menjadi-jadi sejak saya mendirikan rumah tangga bersama Heliza,” kata Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.
Pengasas dan Presiden AUF MBZ Consortium yang juga suami kepada selebriti, Datin Seri Heliza Helmi itu mend4kwa namanya digunakan sindiket penipuan pel4buran tidak wujud.
Beliau mengesan pihak dan individu terbabit menggunakan akaun p4lsu di media sosial seperti Facebook dan Instagram selain aplikasi sembang maya seperti Telegram untuk memperdaya m4ngsa.
Akibatnya, beliau dan syarikatnya menerima banyak kiriman mesej daripada m4ngsa yang mend4kwa menanggung kerugian akibat ditipv sindiket berkenaan.
“Berdasarkan maklumat mangsa, mereka ditawarkan skim pelaburan serendah RM300 dan menjanjikan pulangan antara RM10,000 sehingga RM18,000 hanya dalam tempoh tiga hari.
“Scammer ini menggunakan nama, gambar dan video ceramah saya kononnya saya adalah bos mereka.
“Kebanyakan m4ngsa yang terpedaya memasukkan wang diminta ke dalam akaun bank diberikan tetapi selepas tiga hari, m4ngsa diminta memasukkan sejumlah wang lagi sebagai deposit bagi mendapatkan wang pelaburan mereka.
“Mangsa hanya menyedari ditipv apabila individu terbabit gagal dihubungi selepas memasukkan wang itu,” katanya dalam sidang media di sebuah restoran di Sungai Penchala di sini, hari ini.
Mahadi berkata, setakat ini pihaknya mengesan kira-kira 100 akaun media sosial dan laman web yang menggunakan identitinya untuk mempromosikan skim pelaburan dan menipu m4ngsa.
Antara akaun media sosial yang menggunakan namanya adalah Al Kahtifah Trust, Aurora Mining Team, Al-Dagang Malaysia, Bijak Labur, Madinah Mining, Pelaburan Al-Marzuqi, MoneyStone dan Xafee Trade.
Berikutan itu, katanya, pihaknya sudah membuat lima laporan polis sejak awal tahun ini dengan terbaharu dibuat pada 25 Februari lalu di Balai Polis Kelana Jaya.
“Setakat ini, saya belum dimaklumkan polis mengenai tindakan diambil. Namun kami difahamkan polis sudah memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut,” katanya.
Katanya, kegiatan sindiket penipuan itu turut menjejaskan urusan syarikatnya selain mencem4r reputasi dan nama baiknya.
“Saya minta tolong m4ngsa buat lap0ran p0lis supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan mengikut undang-undang. Tidak perlu gusar tindakan mereka akan menjejaskan saya kerana saya sendiri buat laporan polis,” katanya.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi syarikat melalui laman web www.aufmbz.com atau menghubungi 018-2550707/5752 untuk mengelak menjadi m4ngsa penipvan.
‘Sc4mmer online’ menjadi-jadi
Sebanyak 8,162 kes penipvan e-dagang dengan kerugian berjumlah RM57.73 juta dilaporkan di seluruh negara sepanjang tahun ini hingga 31 Oktober lalu.
Pegawai Penyiasat (Pelaburan Bersindiket atau Lain-lain Jenayah) Jabatan Siasatan Jen4yah dan Komersial (JSJK) Bukit Aman Asisten Komisioner Mohd Sa’adon Sabirin berkata, trend penipvan e-dagang dilaporkan terus meningkat jika dibandingkan pada 2018 dengan 3,318 kes membabitkan kervgian berjumlah RM22.39 juta.
“Keadaan bertambah teruk pada 2020 apabila pandemik Cvid-19 melanda yang mana 5,848 kes penipvan e-dagang dilaporkan apabila lebih ramai orang membeli dalam talian.
“Statistik ini adalah melibatkan mereka yang ditipv dan membuat laporan namun saya percaya masih ada tidak membuat laporan polis,” katanya pada sesi webinar Penipvan e-dagang: Barang Hilang, Duit Melayang anjuran Bank Negara Malaysia (BNM), malam kelmarin.
Mohd Sa’adon berkata, jumlah keseluruhan kerugian dicatatkan bagi penipuan e-dagang untuk tempoh 2018 hingga Oktober lalu adalah bernilai RM149 juta.
Beliau berkata, rakyat Malaysia terdedah kepada penipuan e-dagang berikutan peningkatan trend pembelian dalam talian secara tidak langsung boleh menjadi m4ngsa penipvan jika tidak berhati-hati ketika membuat urusan jual beli.
Pada masa sama, beliau meminta agar m4ngsa penipvan e-dagang untuk membuat lap0ran p0lis bagi membolehkan maklumat dan data berkaitan sc4mmer dikumpul untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, maklumat antaranya nombor telefon dan akaun bank yang diterima daripada laporan mangsa penipuan akan dikemaskini dalam aplikasi Semak Mule bagi membolehkan orang ramai menyemak maklumat penjual sebelum membuat sesuatu urus niaga.
Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Pulau Pinang Sazuree Shuib menasihatkan peniaga e-dagang agar mendaftarkan perniagaan mereka di bawah SSM BizTrust iaitu platform dibangunkan untuk melindungi pengguna dan mengekang aktiviti penipvan oleh peniaga yang menawarkan produk atau perkhidmatan secara dalam talian.
Menurutnya, sehingga 31 Oktober lalu, sebanyak 625,000 perniagaan didaftarkan di bawah SSM BizTrust, namun hanya 43,000 perniagaan masih aktif.
“SSM masih memberi promosi percuma untuk pendaftaran BizTrust sehingga 31 Disember ini bagi peniaga yang menjalankan perniagaan dalam talian.
“Jadi, pembeli boleh menyemak, yang mana SSM BizTrust berfungsi sebagai simbol bahawa perniagaan anda memenuhi dasar ditetapkan,” katanya.
View this post on Instagram
Sumber: Metro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.