Hikmah mek Kelantan rajin solat di kedai, majikan terbuk4 h4ti ucap syahadah… siap pilih n4ma YB sebelum sah jadi suami isteri!

TIDAK dapat disangkal lagi, benarlah bahawa hidayah itu milik Allah.
Begitu juga dengan 4jal, m4ut dan pertemuan semua sekali ditanganNya.
Itulah yang terjadi kepada Nurul Anis Izzati Muzafar Shah, 22, yang telah diijabkabulkan selepas dua kali lafaz akad nikah dengan pasangan, Aariz Yee, 30, pada 19 Februari 2022 lalu.
Menurut wanita senang disapa Izzati ini, suaminya yang berbangsa Cina adalah majikannya sendiri di tempat kerjanya di Bandar Kinrara, Selangor.
Namun, jejaka ini mula tertarik dan memilih untuk memelvk agama Islam setelah melihat Izzati yang sering mengerjakan ibadah di tempat kerja.
View this post on Instagram
“Saya mula bekerja Oktober tahun 2020 di syarikat Authentic Bakery. Masa masuk kerja dulu t4k ada tempat nak solat. Cuma ada satu ruang kecil di bahagian belakang kedai saja.
“Saya minta izin bos nak solat di situ. Walaupun rumah saya dekat dengan tempat kerja tapi agak lec3h kalau nak balik setiap kali nak solat.
Pasangan ini telah berumah tangga pada 19 Februari 2022 lalu.
“Biasanya majikan akan datang waktu Maghrib untuk tolong cover kerja saya. Waktu macam tu kedai agak ramai pelanggan,” tambahnya.
Jelas anak kelahiran Kelantan ini, Aariz mula tertarik dan bertanya mengenai Islam kepada Izzati kerana dia mula berminat terhadap agama ini.
Lepas dah agak lama belajar agama, dia masuk Islam pada bulan Julai 2021.
IZZATI
“Bila dah selalu tengok saya solat, dia mula tanya banyak soalan tentang agama. ‘Kenapa solat’, ‘perlu ke’ dan ‘apa kegunaan solat’. Ada juga dia tanya saya kenapa kena pakai tudung. Jadi saya jawab soalan-soalan dia ikut apa yang saya tahu,” katanya.
Menurut wanita yang bekerja sebagai penyelia di kedai kek tersebut, dia juga mula mengajar Aariz mengaji dan menghafal doa dan surah yang mudah sebagai permulaan namun tid4k men0lak ada cab4ran perlu dilalui sepanjang tempoh itu.
“Masa nak mengajar mengaji agak sukar sebab dia agak pelat untuk menyebut tapi saya faham sebab masih baru. Memang perlukan banyak kesabaran dalam mengajar dia macam seorang bayi baru belajar membaca,” katanya.
Tambah Izzati, keluarganya terutama sekali ayah, Muzaffar Shah juga turut membantu suaminya mendalami ilmu agama Islam namun dalam perancangan untuk menuntut ilmu agama dengan ustaz lebih pakar.
“Lepas dah agak lama belajar agama, dia masuk Islam pada bulan Julai 2021. Tapi masa tu dia tak bercinta dengan saya lagi. Cuma bila lama kelamaan saya banyak ajar dia pasal Islam, dia mula tertarik dengan saya.
Izzati telah bekerja di bakeri lelaki ini bermula Oktober tahun 2020.
“Bila tahu pasal kami, family saya OK saja boleh terima. Keluarga saya selalu ajak dia datang rumah sejak tahu dia berminat dengan Islam. Ayah siap ajar dia lagi details bab agama.
“Keluarga suami pula pada mulanya agak sus4h nak terima keputusan dia nak memelvk Islam dan suruh Aariz fikir dahulu masak-masak. Mereka risau dia nak patah balik sebab hal agama bukan perkara main-main. Selepas lebih kurang dua tiga hari, dia nekad nak masuk Islam,” ujarnya.
Menurut Izzati, perkahwinan mereka juga dipermudahkan walaupun tanpa kehadiran kedua ibu bapa suaminya atas faktor Cov1d-19 namun tetap diwakili oleh abang, kakak dan saudara-mara Aariz yang lain.
Jelas wanita ini, nama asal suaminya sebelum memeluk Islam adalah Yee Chung Ming namun telah ditukar atas pilihannya sendiri dan dipersetujui kerana ia memberi makna tersirat.
“Pasal nama tu memang dia Google sendiri. Maksud nama Aariz tu Yang Berhormat menurut Islam. Jadi sesuai dengan dia sebab saya kena hormat dia sebagai majikan dan suami sekarang,” seloroh Izzati.
Bercerita mengenai video yang tul4r di TikTok, wanita ini menerima banyak mesej positif dan pujian daripada warganet.
Bagaimanapun Izzati hanya menganggap semua itu sebagai doa untuk kesejahteraan buat dirinya dan suami.
Aariz telah memeluk Islam pada bulan Julai 2021.
“Saya anggap semua ni ketentuan Allah yang dah tertulis untuk saya. Saya pun bersyukur dapat suami yang baik macam dia.
“Ramai juga yang mesej saya minta tip. Bagi saya memang agak sukar, tambah-tambah lagi kalau nak bagi keluarga terima pasangan kita ia perlukan tahap kesabaran yang tinggi,” ujar Izzati.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
Sumber : mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber :trending media