“Dah lama saya rahsiakan hal ini”- Eric Fuzi, Sampai mak kena jaw4b pertanyaan saudara-mara

GARA-GARA memuat naik foto berbaju pengantin bersama seorang wanita, ahli kumpulan Floor88 iaitu Eric Fuzi dihujani mesej dan panggilan daripada keluarga dan kenalan rapat.
Tampil menjelaskan perkongsian itu, Eric, 30, berkata foto berkenaan dirakam semasa dia menjayakan satu babak dalam drama terbaharu lakonannya.
“Selepas saya muat naik foto pakai baju kahwin tu ramai pula percaya dan telefon saya… sampai keluarga dan kawan-kawan pun telefon tanya. Mak dan ayah saya pun dapat panggilan daripada saudara-mara nak tahu betul ke saya dah kahwin.
View this post on Instagram
“Benda tu hanya gurauan sahaja, kebetulan waktu itu penggambaran babak kahwin dengan Reen Rahim, lagi pun masa saya kongsi foto itu tarikh 22 Februari 2022. Saya tengok ramai orang kahwin sebab tarikh cantik, jadi saya pun rasa nak buat content di Instagram.
View this post on Instagram
Eric bergandingan bersama Reen Rahim dalam sitkom Apartment Putra musim kedua yang bakal bersiaran di RTM tidak lama lagi.
“Tak nak orang terus tertanya-tanya, jadi semalam saya buat posting baharu beritahu mereka itu hanyalah sebahagian babak lakonan sahaja,” katanya kepada mStar.
Sebelum itu, menerusi Instagram, Eric mengejvtkan ramai peminat apabila berkongsi foto bersama seorang wanita memakai baju pengantin sedondon berwarna merah jambu.
Jangan risau, nanti kalau saya kahwin betul-betul saya akan maklumkan kepada semua
ERIC FUZI
PELAKON
Sehari kemudiannya dia menjelaskan bahawa foto itu hanyalah sebahagian babak lakonan bersama aktres Reen Rahim dalam sitkom Apartment Putra musim kedua.
Dalam pada itu, Eric memoh0n maaf jika ada mana-mana pihak yang terk3san dengan perkongsiannya itu.
Eric berjanji tidak akan merahsi4kan hari bahagiannya kelak.
“Saya hanya bergurau sahaja, minta maaf kalau ada percaya saya dah kahwin. Apa-apa pun terima kasih kepada mereka yang mendoakan supaya saya cepat naik pelamin.
“Jangan risau, nanti kalau saya kahwin betul-betul saya akan maklumkan kepada semua,” ujarnya.
Barisan pelakon Apartment Putra musim kedua.
Bercakap mengenai sitkom Apartment Putra musim kedua, drama ini turut menampilkan Joey Daud, Syafie Naswip, Along Cham serta pelakon jemputan setiap episod.
Ia akan bersiaran di TV2 setiap Sabtu dan Ahad pukul 6 petang bermula 16 April depan.
Sumber :mStar