Bawa wat4k wanita ada mas4lah rumah tangg4, Siti Saleha akui ada terk4it kisah perib4di

MEMEGANG watak seorang isteri dan ibu yang berhadapan dengan mas4lah kerjaya dan rumah tangga, pelakon Siti Saleha akui ia sedikit sebanyak memberi gambaran terhadap kisah perib4dinya.
Saleha atau nama penuhnya Siti Saleha Mohd Baharum, 32, bagaimanapun mengambil sikap profesional dan tolak tepi semua masalah peribadi untuk menjayakakan watak Doktor Suzana dalam drama terbaharu berjudul Love In Lockdown.
“Betul ada sedikit terkait dengan kisah perib4di saya.
“Bagaimanapun seperti mana-mana tawaran berlakon, saya akan letakkan sepenuh jiwa untuk menjayakan sesebuah watak.
“Saya sentiasa bersikap profesional dan tolak tepi kisah perib4di,” ujar Saleha.
Saleha ketika hadir ke mahkamah Januari lalu untuk proses lafaz cer4i
Untuk rekod, Saleha sah bercer4i dengan bekas suami Ahmad Lutfi Azhar pada Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Klang.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017 dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Berkongsi lanjut tentang drama tersebut, Saleha juga amat teruja kerana diberi tanggungjawab sebagai seorang frontliner ketika berhadapan dengan situasi pandemik c0vld-19.
Saya sentiasa bersikap profesional dan tolak tepi kisah peribadi
SITI SALEHA
PELAKON
Dia juga menjadikan watak Meredith dalam drama popular Grey’s Anantomy sebagai inspirasi ketika di set penggambaran.
“Watak ini adalah sesuatu yang saya hendak cuba kerana saya boleh rasa bagaimana menjadi frontliner yang bekerja tanpa henti ketika situasi p4ndemik.
“Sering kali melakukan sw4b test untuk bekerja, jadi serba sedikit memberi gambaran kepada saya tentang watak ini.
“Selain itu saya melihat bagaimana pen4tnya watak Meredith yang merupakan seorang d0ktor sebagai salah satu contoh.
“Kekuatan watak Doktor Suzana dalam cerita ini mungkin tidak sama seperti diri saya, tetapi sifat sebagai seorang yang sangat suka dengan kerjanya adalah gambaran tentang diri saya,” katanya.
Drama ini turut membariskan pelakon lain seperti Shah Iskandar, Julia Farhana dan pelakon baharu Sara Mack.
Ia bakal ditayangkan bermula 20 Februari secara pensrtiman di platform SOOKA.
Sumber : mStar