“Suara Mantap”- Selepas Syafiq Farhain, Se0rang Lagi Abang B0mba Tunjuk Bak4t

NAMA anggota bomba Muhammad Shafiq Muhamad pernah mencvri tumpuan ramai kerana memiliki suara merdu dan sering memuat naik video menyanyi lagu c0ver di media sosial.

Serius untuk kembangkan kerjaya dalam dunia seni, Shafiq atau lebih mahu dikenali dengan nama pentas Apit.SW tampil dengan single pertama berjudul Janji Cinta.

Bagi Apit, meskipun mempunyai kerjaya tetap, bidang nyanyian ini adalah platform untuk dia berkongsi karya dengan peminat selain menjana pendapat sampingan.

“Bermula dari hobi menyanyi lagu orang, apa salahnya untuk saya teruskan kerjaya dalam bidang seni dan berkongsi bakat dengan peminat.

Apit sedia berdepan cab4ran dunia seni

“Saya ber4ni ambil cab4ran untuk bergelar artis rakaman untuk kembangkan bakat. Saya percaya untuk berjaya perlu keluar dari zon selesa,

“Menjadi penyanyi bukan sekadar untuk popular. Apa yang penting kemunculan saya dapat diterima peminat muzik” ujar Apit kepada mStar.

Dia juga menjadikan penyanyi Syafiq Farhain yang juga merupakan seorang anggota bomba sebagai idola dalam kerjaya seni.

Bagaimanapun Apit berkata, dia tidak mahu kemunculannya dibayangi oleh penyanyi lagu Sayang Maafkan Aku itu.

“Saya kagum dengan Syafiq kerana dia boleh mencipta nama walau sibuk dengan tugas sebagai anggota bomba.

“Kami selalu berhubung dan dia juga ada berkongsi nasihat untuk bergelar seorang artis.

“Kalau boleh saya tidak mahu dibayangi Syafiq kerana kami sama-sama bertugas sebagai anggota bomba. Sebab itu saya memilih nama pentas Apit.SW,” ujarnya.

Melihat Syafiq Farhain (kanan) sebagai idola dalam bidang nyanyian.

Dalam masa sama, Apit berkata, dia masih belum bersedia untuk membuat persembahan di televisyen kerana perasaan gemuruh.

Katanya, dia juga sedang cuba mengatasi rasa gemuruh itu setiap kali membuat persembahan pentas di majlis anjuran bomba.

“Sekarang ini saya cuba kawal perasaan gemvruh itu dengan membuat persembahan dalam majlis-majlis anjuran bomba.

“Disebabkan perasaan gemvruh untuk menyanyi di atas pentas, saya belum bersedia untuk sertai mana-mana program televisyen,” ujarnya.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!