“B4kat tak bolehbeli dengan duit” – Ajai bagi ‘hint’ Iqbal mungkin ters1ngkir Big Stage

JIKA minggu pertama Big Stage 2022 menyaksikan Ajai memberikan hanya lima markah kepada Ahmad Iqbal Zulkefli, kali ini komposer berkenaan kekal memberi isyarat bahawa usahawan berkenaan tidak l4yak berada di pentas Big Stage 2022.
Pada minggu kedua, Iqbal, 28, terp4ksa berpuas hati apabila Ajai memberikan hanya empat markah kepadanya.
Menurut Ajai, nyanyian Iqbal kedengaran berterabur selain usahawan kontr0versi itu sememangnya tidak dikurniakan bakat sebagai seorang penyanyi.
“Kamu tak berbakat dalam nyanyian. Bakat ini adalah pemberian… straight to the point. Walaupun berduit, tapi bakat tak boleh beli dengan duit. Allah yang kurniakan.
“Awak tak dilahirkan sebagai penyanyi… ada rezeki lain. Allah maha adil, dia berikan rezeki lain-lain. Mula-mula saya beri lima tapi nyanyian belakang terabur. Awak pun tahu, tempo terabur.
Saya tak suka benda ini jadi b4han lawak. Awak perlu jaga maru4h
AJAI
KOMPOSER & JURI TETAP BIG STAGE 2022
“Dalam nyanyian bukan tiga hari belajar terus pandai. Ada orang bertahun belajar untuk dapat ilmu. Kepentingan dekat sini, bakat dulu. Saya tak suka benda ini jadi b4han lawak. Awak perlu jaga maru4h,” katanya.
Selain empat markah daripada Ajai, Iqbal yang menyanyikan lagu Ketahuan menerima markah 20 peratus daripada juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza dan penyanyi Aina Abdul selaku juri undangan memberi markah 10 peratus.
Sejak diumumkan sebagai salah seorang peserta Big Stage musim keempat yang memulakan siaran pada 6 Februari lalu, Iqbal menerima kecaman ramai yang mempertikaikan kelayakkannya.
Iqbal membawa lagu Ketahuan pada konsert BS22 minggu kedua.
Lebih mem4lukan apabila dia menerima lima markah daripada Ajai selaku juri tetap selain Datuk Seri Siti Nurhaliza pada mulanya keliru untuk menilai persembahan Iqbal menerusi lagu Broery Marantika, Biar Bulan Bicara Sendiri.
Iqbal diberi markah paling rend4h iaitu 28.8 peratus namun tiada penyingkiran pada malam tersebut.
Menerusi temu bual bersama mStar, Iqbal Zulkefli mencabar barisan juri agar meny1ngkirkannya pada konsert minggu kedua konsert Big Stage 2021z
Mengakui tidak mempunyai latar belakang dalam bidang muzik, Iqbal, 28, menyerahkan nasibnya kepada juri profesional untuk menentukan kedudukan dalam pertandingan nyanyian berkenaan.
Selain Iqbal, Big Stage 2022 turut disertai Tegar Septian, Elica Paujin, Lia Aziz, Soaa Marieylla, Ajoi Zainal, Tuah Adzmi, Syaq Abdillah, Megat Rahim, Daniel Chuer, Aishah Retno dan Yazmin Aziz.
Sumber :mStar