“Fikir dulu sebelum buek b0nd02 b4ngang ni !!”, Kalau Ya Pun Kejar Rating

 

Penyanyi lagenda Datuk Hattan menyel4r keputusan stesen televisyen swasta yang bertindak menjadikan usahawan tul4r Ahmad Iqbal Zulkefli sebagai salah seorang peserta untuk sebuah program.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Hattan melu4hkan ketidakpuasaan hati dengan menempelak tindakan pihak stesen televisyen yang memasukkan peserta yang tidak bagus dalam nyanyian semata untuk kejar ‘rating’.

Apa yang cuba dilakukan (pihak penyiar)? Kalau ya pun nak rating, tak payah sampai begitu, banyak cara lain lagi.

Takkanlah pihak pr0duksi sewaktu sesi raptai tak tahu bagaimana persembahannya? Kamu tahu peserta itu tak boleh nyanyi? Kenapa kamu panggil juga? Tujuan apa? Kita tahu nak impak untuk minggu pertama. Sekarang korang dah dapat!

Tambah Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, dia tidak menafikan g1mik kejutan itu memberi impak yang besar untuk pemasaran namun tegasnya ia telah mem4lukan industri seni.

Dalam program itu ada peserta dari Indonesia (Tegar Septian). Kalau orang Indonesia tengok beginilah kita punya (penyanyi) kualiti?

Kasihan 11 orang peserta lain yang bertanding beriya-iya. Hanya kerana ada satu atau dua juta pengikut, dirasakan sudah layak? Walaupun persembahan standard begitu, punyalah s4mpah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hattan (@dato_hattan)


Dalam pada itu, pelantun lagu Mahligai Syahdu turut terkilan kerana pertandingan itu diadili penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza namun standard yang dibuat tidak selari.

Anak jati dari Negeri Sembilan ini juga menekankan untuk menjaga maruah di samping menyeru kepada pihak terlibat untuk berfikiran rasional sebelum membuat satu keputusan.

Kita kena ada jati diri, ada maruah. Nyanyi, nyanyi juga, maruah sangat penting. Datuk Seri Siti sebagai juri, dia sendiri tak sampai hati nak bagi komen. Kita boleh nampak.

Kepada pihak produksi, fikirlah secara waras sebelum buat keputusan untuk buat satu-satu programlah. Tolong jangan buat benda bangang macam ini!

Sumber: Instagram @dato_hattan  ,OHBULAN

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!