“Rasa Macam Membuang Kat Ruang Tamu” Netizen Terpesona Tengok Keluasan Tand4s Aliff Syukri.

Siapa yang tidak kenal dengan usahawan popular Datuk Aliff Syukri? Selain keletahnya di media sosial yang menjadi tumpuan, kemew4han yang sering ditampilkannya juga sering menyorot tarikan netizen.

Sebelum ini, viral tentang keluhannya sendiri apabila dia mendakwa rumahnya terlalu besar sehingga dia terp4ksa meninggikan suaranya semata-mata untuk memanggil isterinya.

Justeru, tidak hairan jika ramai antara pengikutnya di laman sosial mahu melihat keadaan rumahnya dengan lebih dekat.

Terbaharu, seorang pengikut di TikTok mahu melihat keadaan bilik air utama yang berada di dalam rumahnya.

Bersetuju memenuhi permintaan pengikutnya, Aliff kemudian membuat tour mini ke beberapa bahagian bilik airnya yang dipenuhi dengan pelbagai kelengkapan mew4h termasuklah tab mandi yang bersaiz besar.

“Inilah bilik air saya yang korang nak tengok. Saya tunjuklah dekat korang. Bathub untuk saya restkan diri.

“Toilet saya untuk mandi apa semua. So korang dah tengok kan?” tulisnya ringkas pada video yang dimuat naik pada akaun TikToknya.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata terpesona dengan keluasan bilik air mew4h yang ada dalam rumah Aliff.

“Rasa macam buang air kat ruang tamu,” tulis seorang pengguna TikTok yang secara tidak langsung menyifatkan bilik air Aliff yang terlalu mew4h.

“Aku nak ambik remote depan mata pun suruh adik aku, ini kalau nak ambik syampu mau lagi tiga hari baru siap mandi,” tulis seorang netizen berseloroh.

Dalam pada itu, ada juga yang bertanya adakah Aliff tidak takut dengan keluasan bilik airnya.

“Tandas besar sangat Datuk… tak ke t4kut berhantu? Nak berak pun dalam keadaan tak tenteram wooo… mata melilau je tengok kiri kanan atas bawah,” tulisnya.

Untuk rekod, rumah Aliff Syukri yang disebut netizen sebagai mahligai itu siap dibina pada 2018 di atas tanah berkeluasan 40,000 kaki persegi. Kos pembinaan difahamkan menelan belanja sebanyak RM20 juta.

Rumahnya mempunyai 30 buah bilik dan mempunyai bilik hiburan seperti panggung wayang dan bilik karaoke.

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!pendapat2 korang,amat di hargai di sini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!