5 ahli keluarga Ezzaty Abdullah ada dalam kereta api terb4k4r di Kelantan. Bergilir-gilir dukung nenek lanjut usia selam4tkan diri

INSIDEN kereta api terbakar di Kampung Anok Machang, Sungai Keladi dekat Pasir Mas, Kelantan pada Selasa malam mengundang rasa cem4s dan p4nik pelakon Ezzaty Abdullah yang kini sar4t meng4ndung.

Menurut Ezzaty, 32, perasaan cemas itu semakin menebal setelah mengetahui ibu bapa, nenek serta dua lagi saudaranya turut berada dalam tren Ekspres Rakyat Timuran Nombor 27 itu.

Menceritakan semula situasi kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.20 malam itu, Ezzaty berkata keluarganya serta para penumpang lain bergeg4s mengosongkan gerabak.

“Penumpang terp4ksa berjalan jauh mencari kawasan lapang sebelum b4ntuan tiba.

“Saya tak boleh bayangkan bagaimana keadaan mereka dalam gelap dan di tengah hutan ketika itu.

“Ayah serta bapa saudara terpaksa bergilir-gilir mendukung nenek yang sudah berusia dan berjalan lebih kurang 100 meter,” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

ezzaty 4

Ezzaty dan Azwan Kombos menanti hari kelahiran anak kedua

Menurut isteri kepada aktor Azwan Kombos ini, ahli keluarganya itu dalam perjalanan dari Kota Bharu di Kelantan ke Kuala Lipis, Pahang.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengesahkan tren Ekspres Rakyat Timuran Nombor 27 mengalami kebakaran pada bahagian enjin.

Bagaimanapun, ia tidak membabitkan sebarang keced3raan kepada 180 penumpang dalam kejadian di Kilometer (KM) 490.50-491 itu.

Saya hanya fikirkan jika keadaan tervk saya tidak boleh ke sana kerana s4rat mengandung

EZZATY ABDULLAH

PELAKON

Tambah Ezzaty, dia bersyukur apabila semua yang terlibat tidak mengalami sebarang keced3raan.

“Memang rasa c3mas apabila mendapat perkhabaran tersebut. Ibu bapa saya bersama nenek, bapa dan ibu saudara ada dalam keretapi tu.

“Saya hanya fikirkan jika keadaan tervk saya tidak boleh ke sana kerana s4rat meng4ndung.

“Syukur semuanya sel4mat dan ibu bapa saya kini berada di rumah bapa saudara di Kuala Lipis,” katanya.

ezzaty 2

Ezzaty lebih bersedia menyambut kelahiran anak kedua

Dalam pada itu berkongsi tentang kehamilan anak kedua, pelakon drama KL Gangster: Underworld ini memberitahu masih belum menunjukkan sebarang tanda akan bers4lin dalam masa terdekat.

“Jika ikutkan perkiraan memang sudah sampai tarikh bers4lin. Namun belum ada tanda-tanda lagi.

“Anak pertama dahulu pun lewat seminggu, jadi saya tidaklah begitu risau. Hanya tunggu sahaja nanti harinya,” ujarnya.

Sumber :mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!