SELESAI Je Akad Nikah, Pengantin Wanita Cuak Tiba-Tiba Jadi Mcm Ni- “Mujur Sekali Lafaz, Kalau Tak Memang Buat Hal”

Pengantin Tiba2 Kejang Masa Nikah, Pelik Dipicit Mcm Kena Rasuk- “Mujur Sekali Lafaz, Kalau Tak Mmg Buat Hal”

DARAH gemuruh menjelang hari pernikahan merupakan perkara biasa terutama buat pengantin lelaki.

Namun lain pula yang dialami seorang pengantin perempuan apabila secara tiba-tiba mengalami kekejangan otot kaki pada majlis akad nikah.

Kejadian di sebuah majlis itu menyebabkan pengantin terpaksa melunjurkan kaki sebelum diurut oleh ahli keluarganya.

Pengantin perempuan, Siti Nur Marjidah Sheikh Salim berkata, insiden berlaku ketika akad nikah di Masjid Saidina Hamzah di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur, 12 Disember lalu.

Berkongsi pengalaman, wanita berusia 29 tahun itu memberitahu, kedudukannya sebelum diijabkabulkan di masjid ketika itu seperti ‘duduk antara dua sujud’.

“Nak duduk bersimpuh nanti nampak sedikit senget pula. Tok kadi ada beri ceramah sebelum akad nikah dan saya pula dah duduk lebih awal sebelum tu lagi.

“Saya mula rasa lenguh dan kebas kaki. Nak ubah kedudukan kaki, saya segan dan perlu sopan. Semua orang tengah beri tumpuan masa tu,” ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Dalam tempoh kira-kira 45 minit, dia yang lebih mesra disapa Jidah berjaya mengharungi cabaran sebelum bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Afiq Arifin Kamal Arifin, 29.

“Nak mengadu kaki sakit pada mak atau kakak bersebelahan pula masa tu semua tengah senyap. Saya risau suara saya boleh mengganggu perjalanan majlis, jadi saya kena control.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Bila suami dah lafaz nikah, saya menangis dengan perasaan bercampur baur. Antara mengalirkan air mata sebab terharu dah sah bergelar isteri dan juga menahan sakit,” ujarnya.

Sejurus diijabkabul, Jidah secara perlahan lahan mengubah kedudukan dan melunjurkan kaki sebelum kakaknya membantu mengurut untuk melegakan kesakitan.

“Masa tu dah kecoh dan ramai gelak. Saya pun ketawakan diri sendiri. Ada seorang ustaz, salah seorang saksi minta kakak saya tekan ibu jari kaki masa mengurut.

“Dalam hati saya tertanya-tanya kenapa nak kena tekan ibu jari kaki? Saya bukannya kena rasuk. Bila kakak tekan ibu jari, saya rasa lagi sakit,” ujarnya yang kemudian difahamkan teknik menekan ibu jari itu bertujuan untuk membantu mengurangkan kesakitan.

Dalam pada itu, Jidah yang merupakan seorang pembantu akaun bersyukur apabila pernikahan berwalikan abangnya berjalan lancar meskipun dia mengalami kekejangan pada kaki.

“Syukur Alhamdulillah akad nikah berlangsung dengan sekali lafaz. Kedua-dua abang dan suami saya tidak gugup sewaktu akad nikah.

“Saya yang sakit kaki dari awal berdoa supaya nikah sekali lafaz saja. Kalau lagi lama, memang saya yang buat hal nanti sebab tak dapat tahan sakit.

“Apa pun, bukan salah sesiapa pun. Saya sendiri yang tidak boleh duduk terlalu lama sebab kaki pernah cramp sebelum ini. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber :mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!