“Nama Jibril Selalu Mer4gam…”Anak Keempat Asyik Men4ngis ja, Sampai Dua Jam, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Tukar Nama

Pada Disember tahun lalu, pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah menimang cahaya mata keempat dan memilih nama Jibril Ibtisam buat bayi lelaki mereka.
Aeril yang bagi nama Jibril
Namun, nama Jibril Ibtisam tidak berkekalan lama. Ketika ditemui OhBulan!, Wawa, 31, menyatakan mereka telah memilih Muhammad Fahri sebagai nama baru untuk putera bongsu.
Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, anak lelakinya itu asyik meragam dan menangls selepas menuruti pilihan Aeril, 34.
Nama anak pertama dan kedua, Aeril yang pilih tapi kedua-duanya asyik nangls. Yang ketiga saya namakan, okey pula anak tu.
Anak keempat ini, Aeril namakan tapi meragam juga. Bayi asyik menangls ja, sampai dua jam. Orang panggil bayi kolik.
Pasangan sama cantik ini ditemui ketika majlis Wawa Royal Majestic Appreciation Gala Night yang diadakan di Tenera Hotel, Bangi, pada malam Sabtu.
Dalam majlis yang meraikan stokis dan ejen jualan Wawa Cosmetics itu, turut dilancarkan siri mandian baharu yang terdiri daripada gel mandian dan scrub pencerah. Produk terbabit dikeluarkan dalam dua varian iaitu Japanese Rose dan Cherry Blossom.
Buat akikah lagi sekali
Disebabkan itu, pemilik nama Suhairil Sunari terus menukar nama dan melakukan ibadat akikah buat kali kedua.
Majlis akikah yang pertama telah diadakan di kediaman mereka iaitu dua minggu selepas Wawa bersalin.
Saya cakap; asal sayang (panggilan Aeril) bagi nama ja mesti jadi macam ini. Terus Aeril merajuk tak nak cakap dengan saya, ada la sehari.
Tiba-tiba, saya dapat notifikasi daripada pusat akikah mengatakan Muhammad Fahri dah selamat diakikahkan.
Kiranya, dua kali kami buat akikah untuk anak keempat ini. Aeril betul-betul ambil serius, dia terus tukar nama.
Terdahulu, Wawa selamat melahirkan anak keempat seminggu lebih awal iaitu pada 30 November lalu.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 sudah dikurniakan tiga cahaya mata sebelum ini iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Ayya Soffya, kini berusia dua tahun.
Sumber : Ohbulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: