Terpaksa Bed4h M4suk Besi, Azhan Rani Ceritakan Detik Detik Sebelum Dia Kem4langan

PETALING JAYA – “Syukur atas izin Allah untuk diri ini terus bernafas”.
Demikian luahan pelakon Azhan Rani yang tersel4mat selepas terlibat dalam kemal4ngan jalan raya di Rawang, Selangor, Isnin lalu.
Menerusi hantaran dalam Instagram sebentar tadi, Azhan turut mengucapkan terima kasih kepada rakan baiknya juga pelakon, Beto Kusyairi dan isteri, Tisha Shahar yang banyak membantu selepas kemal4ngan tersebut.
“Doktor kata tulang scapula (belikat) saya pecah tetapi dua insan hebat ini menjadi tulang belakang saya untuk terus berdiri. Dahulu dan kini, harta paling lumayan anugerah Ilahi buatku.
“Terima kasih sahabat Beto Kusyairi dan Tisha Shahar serta sahabat-sahabat lain yang tidak berhenti bertanya khabar. Semoga syurga menunggu buat kalian di sana nanti.
“Terima kasih juga di atas ingatan dan doa-doa semua. Ampun maaf tidak dapat hendak jawab dan membalas semuanya. Insya-Allah, saya akan okey atas izin Allah SWT. Alhamdulillah,” tulisnya yang kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Rawang.
Tidak setakat itu, pelakon drama fenomena Nur itu juga turut berterima kasih kepada beberapa pihak yang membantunya pada hari kejadian.
“Kepada Muhammad Firdaus dan sesiapa yang membantu pada hari kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari, semoga Allah SWT merahmati kalian.
“Terima kasih juga kepada dua pemandu lori yang berjaya menghentikan lori dan tidak mel4nggar saya,” katanya.
Pada hantaran sama, Azhan turut memohon maaf kepada dua lelaki yang turut terbabit dalam kemal4ngan itu kerana meninggikan suara terhadap mereka ketika dalam ambulans.
“Buat dua adik yang menaiki motor kapcai tengah bersembang tidak memandang depan dan masuk lane (lorong) saya secara tiba-tiba, semoga kamu berdua tidak apa-apa. Maaf, saya naikkan suara ketika dalam ambulans hari itu.
“Mohon jangan membawa motor dengan cara merbahaya begitu lagi. Kita sama-sama syukur Allah SWT bagi kita peluang untuk hidup lagi. Maaf juga buat motor awak h4ncur,” katanya.
“Cuma nak update. in shaallah tengahari esok aku akan masuk surg.ery untuk masukkan plate dekat scapula yang pecah ni. kata doktor akan ambik masa antara 3 ke 4 jam.
Kalau tanya aku memang cuak la jugak. tapi sahabat roommate aku pakar orthopaedic di hosp1tal uitm dr. @nizam_rozali cakap sunat lagi sc4ry dari sur.gery ni. so aku acah2 ok je la.
in shaallah.
Mohon maaf pada semua atas salah silap selama ni. terima kasih atas doa2 semua. terima kasih juga pada semua yang menjaga saya di hosp1tal ni dengan baik. terima kasih atas prihatin dan kasih sayang semua pada saya.
Sekali lagi maaf hari ni saya terlalu banyak urusan di sini harus diselesaikan. tak dapat nak jawab dan reply semua. in shaallah ada kelapangan saya update general saja. mohon ampun dan maaf” – Azhan Rani
Dalam kemal4ngan pada Isnin lalu, Azhan mengalami pecah tulang belikat kiri, retak tulang bahu dan tiga tulang rusuk, selain kecederaan kecil.
Sewaktu kejadian, Azhan yang dalam perjalanan ke lokasi penggambaran dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi bertembung dengan sebuah motosikal dinaiki dua lelaki.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
Sumber – K! ONLINE / IG Azhan Rani via http://www.awatttsyeikhh.com
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.