Muat naik foto suami dengan emoji ‘love’, isteri Shuk Sahar t4k jadi fail cer4i? – “Ma4f, tiada apa yang berlaku”

KEMELUT rumah tangga pelawak Shuk Sahar dan Rossa Sera masih belum menemui noktah walaupun sudah hampir tiga bulan mereka hidup berjauhan.
Akui Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah, ketika ini Shuk masih berada di rumah keluarganya di Pulau Pinang.
Sehubungan itu timbul tanda tanya tentang perkembangan berhubung kenyataan Sera sebelum ini yang mahu memfailkan percer4ian terhadap Shuk pada November lalu.
Kemelut rumah tangga Shuk dan Sera bagai tidak berkesudahan.
Bagaimanapun Sera ketika dihubungi mStar enggan memberi kenyataan lanjut tentang status rumah tangganya bersama Shuk.
“Ma4f, rasanya tak nak komen banyak. Tiada apa pun yang berlaku.
“Lagi pun Shuk tiada di sini, dia masih di Pulau Pinang,” ujarnya ringkas ketika dihubungi mStar.
Dalam tempoh ini kalau boleh jangan buka hati you untuk orang lain ya.
SHUK SAHAR
PELAWAK
Minggu lalu Sera mendapat perhatian ramai apabila berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram.
Rata-rata memuji penampilan Sera yang langsung dan disifatkan lebih cantik.
Pada Isnin Sera yang kini aktif dengan perniagaan produk pelansingan badan itu berkongsi paparan skrin menunjukkan Shuk sedang membuat panggilan video dengan anak mereka.
Malah dia turut memuat naik beberapa mesej dipercayai daripada bekas penyampai radio itu yang meminta maaf dan memujuknya kembali hidup bersama.
Shuk dan Sera dikurniakan dua cahaya mata.
“I minta maaf, masih ada peluang ke untuk kita bersatu balik?
“Dalam tempoh ini kalau boleh jangan buka hati you untuk orang lain ya,” antara mesej yang dimuat naik Sera di laman sosialnya.
Pada November, Serra mendedahkan dia bakal memfailkan percer4ian selepas lima tahun berdepan konflik rumah tangga.
Dia juga memberitahu sudah tidak tinggal sebumbung dengan pelawak itu sejak Oktober.
Sera dan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Shar berkahwin pada 2015.
Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
Sumber : mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.