Hampir Setahun Digelar ‘Per4mpas’ Nissa Sabyan Akhirnya Buka Mulut Buat Netizen ‘M3rinding’ Dengar Jawapannya.

Pada tahun lalu, industri hiburan Indonesia kecoh mengenai penyanyi Sabyan Gambus iaitu Nissa Sabyan yang didakwa menjalin hubungan sulit dengan pemain keyboard kumpulan tersebut, Ayus.
Kontroversi Nissa dan Ayus
Tak dinafikan, isu tersebut semakin menjadi bualan hangat netizen apabila Ayus yang berstatus suami orang dikatakan berlaku curang terhadap isterinya, Ririe Fairus. Meskipun sudah lapan tahun melayari bahtera perkahwinan, tetapi Ririe yang tidak sanggup diduakan membuat keputusan untuk memfailkan penceraian terhadap Ayus.
Berikutan daripada kontroversi kecurangannya bersama Nissa Sabyan, bapa kepada dua cahaya mata itu pernah membuka mulut dan memohon maaf terhadap isterinya, keluarga dan anggota Sabyan Gambus. Meskipun pelbagai spekulasi tercetus namun penyanyi cukup berbakat ini langsung tidak memberikan apa-apa respon berhubung isu tersebut.
Nissa Sabyan buka mulut
Hampir setahun digelar ‘perampas’ dan perosak rumah tangga orang, Nissa Sabyan akhirnya membuka mulut. Penyanyi berusia 23 tahun ini mengakui perlu banyak bersabar dengan segala kontroversi kerana baginya itu adalah perkara yang perlu ditempuhi oleh setiap individu yang bergelar artis atau public figure.
Nisa mengaku sehingga kini dia masih menerima kecaman hebat daripada netizen. Jelas Nissa lagi, dia kini akan kembali bangkit dan meneruskan kerjayanya sebagai anak seni.
Pertama, nak tak nak, kena belajar untuk sabar. Inilah risiko jadi public figure. Ya hadap sahajalah, enjoy.
Sementara menerusi satu perkongsian di Instagram pembasmi.kehaluan.reall seakan kurang berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Nissa. Di ruangan komen segelintir netizen menyifatkan Nissa sama seperti Lydia iaitu watak wanita perampas dalam drama popular ‘Layangan Putus’.
Lidya versi syari’
Kamunya enjoy, isterinya Ayus?
Enjoy katanya setelah rosakkan rumah tangga orang.
Masih boleh ketawa lepas buat rumah tangga orang hancur.
Video
Sumber: KH Infotainment, Medan Tribunnews, OB
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!pendapat2 korang,amat di hargai di sini.
Sumber : via isu h0t