Shuib ‘Garu Kepala’ Dengar Alasan Dekta Tak Benarkan Kawin Lagi, “Dekta nak duduk atas daddy…”

Keluarga Shuib Sepahtu sememangnya kerap menjadi sorotan ramai setelah beberapa kisah berkenaan kehidupan sehariannya tul4r di media sosial dan membuatkan ramai peminat prihatin dengan mereka.

Pelawak tersebut ada memaklumkan sedang berkawan dengan seseorang dan hal tersebut menjadi topik perbualan netizen di media sosial. Ada yang menyokong Shuib mencari pengganti dan ada juga yang menganggap ia terlalu awal.

Hadir majlis perkahwinan PA

Siang tadi, Shuib dan keluarganya telah hadir ke majlis perkahwinan pembantu peribadinya (PA) yang dikenali sebagai Hakkim Zaharudin yang selamat bergelar suami kepada pilihan hati.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)


Pelawak dan juga usahawan itu dilihat tiba bersama ahli keluarga serta semua anak-anaknya termasuklah Ayash Affan.

“Dekta nak duduk atas daddy, bagi daddy tak boleh kahwin”

Apa yang menjadi perhatian adalah muat naik Shuib di IG Story apabila bertanya kepada anak perempuannya Dekta andai dia yang duduk di atas pelamin dan kanak-kanak tersebut menjadi pengapitnya.

Namun jawapan daripada Dekta nyata telah menarik perhatian warganet selepas dimuat naik semula satu akaun TikTok dikenali sebagai @liysaaabdullah.

Kanak-kanak berkenaan menjawab yang dia akan duduk di atas Shuib andai bapanya bersanding dipelamin kelak.

Sus4h nak move on pemer’gian ibu tersayang

Walaupun jawatan spontan daripada Dekta itu hanya disambut dengan gelak ketawa dari ahli kumpulan Sepahtu berkenaan, lain pula penerimaan daripada warganet di media sosial.

Menjengah keruangan komen, ramai yang seolah-olah lebih memahami perasaan Dekta dan mengatakan yang dia belum lagi sepenuhnya move on dengan pem’ergian ibu tercinta.

Namun ada juga yang tetap meninggalkan komen po’sitif mendoakan agar selebriti itu segera pulih dan kembali mempunyai peneman hidup agar bahagia bersama keluarga serta anak-anak.

Ramai yang faham apa yang Dekta rasa


Kesian daddy sunyilah nanti


Dekat luar senyum dekat hati Shuib siapa yang tahu


Bila dah besar nanti mesti faham ayah perlukan peneman hidup

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir

panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber :ISU H0T

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!