Andi Bernadee terk1lan Sarah Suhairi kena kec4m, akur belum rezeki ke AJL36

PENYANYI Andi Bernadee meminta orang ramai tidak menyal4hkan mana-mana pihak termasuk penyanyi ganti Sarah Suhairi dalam menyampaikan lagu Penat di separuh akhir Muzik-Muzik 36 minggu lalu.

Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangil, 31, berpendapat penyanyi lagu Pedih itu sudah melakukan yang terbaik pada malam tersebut.

Malah, dia terhut4ng budi dan menganggap Sarah menyel4matkan kerjayanya sebagai penyanyi.

“Sepatutnya tak perlu berlaku perkara seperti itu. Saya sudah beritahu sebelum ini, Sarah adalah pilihan pertama. Saya amat berterima kasih dia sudi menolong.

“Dia sudah menggalas tugas besar dan selamatkan kerjaya saya pada malam itu,” ujarnya kepada mStar.

Saya terima keputusan itu dengan hati terbuka

ANDI BERNADEE

PENYANYI/PELAKON

Sarah menyanyikan lagu Penat menggantikan Andi yang menjalani kuarantin selepas pulang dari luar negara pada malam Semi Final Muzik Muzik 36 (SFMM36) yang berlangsung 1 Januari lalu.

Pada malam SFMM36 itu, 12 lagu diumum layak ke AJL36 ialah Mimpi (Haqiem Rusli), Sepi (Aina Abdul), Nafas Cinta (Khai Bahar & Aina Abdul), Boneka (Ernie Zakri), Purnama (Naim Daniel) dan Pelukan Angkasa (Fog X Shila Amzah).

andi sarah

Ada dalam kalangan peminat anggap Sarah punca lagu Penat g4gal ke AJL36

Selain itu, Intan Payung (Noraniza Idris & Bunga), Salahku (Yonny Boii), Aewo (Shiha Zikir & Noki), Lara (Haqiem Rusli, Hael Husaini & Naim Daniel), Angkara (Siti Nordiana) dan Cinta (Marsha Milan).

Dalam pada itu, Andi akur dengan keputusan juri dan menganggap tiada rezeki untuk dia beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke 36 (AJL36).

andi 2

Andi anggap tiada rezeki mara ke AJL36.

“Saya terima keputusan itu dengan hati terbuka, saya anggap bukan rezeki saya,” ujarnya.

Lagu Penat merupakan ciptaan Andi bersama Nuriman dan Efry Arwis.

Dalam perkembangan lain, Andi kini sedang sibuk menjalani penggambaran program Master In The House Malaysia yang akan bersiaran pada hari Sabtu pukul 9 malam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber :trending media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!