“Ada Net1zen Tanya Mengapakah…” – Did4kwa ‘An4k Emas’ Hetty Koes Endang? Ini Jaw4pan Aweera!

Bintang Gegar Vaganza lapan (GV8) Aweera menyangkal dakwaan orang ramai yang mengatakan dia adalah peserta kegemaran juri tetap Hetty Koes Endang.
Aweera sebaliknya bersyukur apabila menerima pujian dan komen positif daripada penyanyi lagenda Indonesia itu.
“Alhamdulillah syukur, komen yang positif bunda ambik sebagai pembelajaran untuk perbaiki kekurangan saya.
“Saya tak naf1kan ada komen net1zen kenapa Datuk Syafinaz je yang komen, jadi minggu lepas Alhamdulillah bunda komen dan tiba-tiba vir4l.
“Saya ambil semua komen juri dan perbaiki apa yang kurang,” katanya.
Tambahnya, nyanyian spontan lagu Fantasi Bulan Madu bersama Hetty juga satu perkara yang tidak disangka.
“Benda tu suprise sebenarnya, bila bunda petik lagu Fantasia Bulan Madu, saya tak jangka.
“Itu satu peluang sebenarnya. Malah, jika ditanya adakah boleh berduet dengan Bunda, apa salahnya, jika boleh diketengahkan,” katanya.
Sekadar info, Aweera pada minggu lalu mencvri tumpuan ramai apabila video dia membawakan lagu Fantasia Bulan Madu (Search) ketika sesi penjurian tul4r.
Bukan saja di Malaysia, malah sedutan video nyanyian Aweera itu turut menjadi perbualan ‘hangat’ di Indonesia.
Sekadar info, kumpulan Sa.Ya menjadi bidang kelima tersingkir selepas Bandi Amuk, Upiak Isil, Datuk Fazley Yaakob dan kumpulan trio Nico G.
Pada malam konsert kelapan semalam, Sa.Ya menyanyikan lagu Blus Terengganu Kita nyanyian asal kumpulan Iklim menerima markah sebanyak 58.20% selepas Shidee dengan markah 58.60%.
GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam.
Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
Sumber : Gempak
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber :trending media