Tak kisah buat kerja lelaki.gad1s lengkap helmet, apron terket4r-ket4r mesin rumput, bancun simen pun pernah!

MASYARAKAT umum sering kali meletakkan label pada satu-satu pekerjaan.
Memasak, mengemas, mencuci ini pekerjaan wanita, manakala kerja-kerja lain yang dilihat lebih berat pula merupakan kerja bagi golongan lelaki.
Hakikatnya, tak kira apa pun tugasannya, ia boleh dilakukan baik golongan hawa mahupun adam.
Bagi, Noor Saadah Hussain, 27, seberat mana pun tugasan tersebut, dia akan cuba untuk melaksanakannya supaya pihak lain tidak akan terbeban dengan tanggungjwab terbabit.
“Rumput tu kalau tunggu keajaiban memang tutup rumah la, fine, tak apa saya buat sendiri,” tulisnya, berserta video dia sedang memotong rumput.
View this post on Instagram
Gelagat Saadah atau Nor sedaya upaya cuba melindungi diri dengan mengenakan helmet serta apron sebelum memulakan upacara memotong rumput di kawasan rumahnya di Pendang, Kedah menggelikan hati warga maya.
“Kau kak dengan helmet, dengan apron kedai tomyam, haha.. be happy with your life (bergembira dengan hidup anda),” komen seorang net1zen.
Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang arkitektur landskap ini berkata, video tersebut dirakam rakannya pada 3 Januari lepas.
Mengakui takut unuk mengendalikan alat pemotong rumput tersebut pada mulanya, dia kini semakin yakin untuk melakukan tugasan tersebut secara rutin.
“Mula-mula takut juga sebab tu saya pakai mata mesin yang jenis bertali, saya tak berani lagi pakai jenis mata besi, saya takut batu kena mata dan muka, sebab tu juga saya pakai helmet dengan apron sebab takut rumput kena pada baju nanti susah cuci.
“Mula-mula dulu mungkin ia satu pengalaman baru, sekarang mesin rumput ni dah jadi rutin saya dua kali setahun, pada saya ia satu perkara yang seronok walaupun pun sakit juga bahu dan ketar-ketar juga tangan buat kerja ni,” katanya anak ketiga dari empat beradik iaitu dua laki dan dua perempuan.
Noor Saadah (dua dari kiri) bersama keluarganya.
Kata Nor, dua beradik lelakinya kini sedang melanjutkan pelajaran ke universiti, manakala ayahnya sudah meninggal dunia kira-kira 10 tahun lepas.
Selain memotong rumput, Nor juga arif melakukan tugasan lain yang sering dianggap kerja golongan lelaki.
Falsafah yang dipegangnya adalah “selagi mampu buat sendiri, jangan menyusahkan orang lain”.
“Selagi boleh buat, saya buat je, kalau tukar gas naik motosikal tu memang selalu sangat, pernah juga bancuh simen sendiri sebab masa tu nak tambah kaki lima rumah.
“Saya dah biasa buat kerja-kerja macam ni, baik saya buat sendiri sebab saya takut saya akan menyusahkan orang lain,” katanya yang menjual miang kham atau colek kaduk secara kecil-kecilan di Shopee.
Noor Saadah tidak kisah melakukan kerja berat.
Kata Nor, ibu juga tidak kisah, malah seronok melihat kesanggupannya melakukan tugasan tersebut.
“Mak okay je, dia seronok lagi ada la, ada orang yang boleh diharapkan sebab dia seorang sahaja dekat rumah kalau kami semua dekat universiti dulu.
“Jadi bila saya balik kadang tu cuti semester dulu saya tolong dia mesin-mesin semua tu, dia akan gembira,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
Sumber : mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber :trending media