Bakal bersal1n bulan depan, Ernie Zakri cari pengg4nti bawa lagu ‘Boneka’ di AJL36

SAR4T ham1l lapan bulan, penyanyi Ernie Zakrie memberitahu dia sedang mencari pengganti bagi menyanyikan lagu Boneka yang bakal bertanding di pentas akhir Anugerah Juara Lagu yang ke -36.

Kata Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, dia tidak dapat membuat persembahan kerana bakal bers4lin dan berpantang dalam masa terdekat ini.

“Saya masih lagi menanti daripada pihak produksi bila tarikh persembahan untuk AJL36, kerana setakat ini masih belum pasti lagi sama ada ia akan diadakan pada Februari atau Mac.

“Kalau Februari… InshaAllah saya bakal melahirkan dan kalau Mac pula saya tengah berpantang.

270368354_453864946333294_7450382063107552628_n

Lagu Boneka nyanyian Ernie berjaya ke pentas akhir AJL36.

“Jadi mustahil bagi saya untuk berada di atas pentas pada waktu itu,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ernie dan syarikat rakamannya sedang dalam proses perbincangan untuk mencari calon yang sesuai bagi menggantikan dirinya pada malam AJL36 nanti.

Bukan itu sahaja, Ernie juga perlu mendapatkan pendapat daripada komposer lagu Boneka iaitu Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh sebelum membuat pemilihan penyanyi yang bakal menyanyikan lagu tersebut.

“Plan B untuk cari pengganti saya untuk persembahan AJL36 ini masih lagi dalam perbincangan dengan syarikat rakaman. Sebab saya harus menghormati komposer lagu ini dan masih menanti perbincangan daripada mereka juga.

“Sekarang ini saya dah mula melihat dan fikirkan calon yang terbaik. Doakanlah agar pencarian pengganti saya untuk menyanyikan lagu Boneka ini berhasil,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Ku Bersuara ini berkata, dia menerima banyak cadangan daripada net1zen, namun dia berharap calon tersebut dapat memberikan persembahan yang terbaik di AJL36.

“Banyak juga terima cadangan daripada netizen yang mahukan Ziana Zain sebagai pengganti. Of course la happy kalau dapat saksikan Ziana Zain menyanyikan lagu saya sendiri.

271042597_654850452359619_5898288313551060335_n

Ernie dan Syamel bakal menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.

“Tetapi macam saya katakan, kami masih lagi mencari calon pengganti dan berharap agar dia dapat memberikan persembahan yang best di pentas AJL 36 nanti,” ujarnya.

Untuk rekod, Ernie dan Syamel, 28, mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Ernie dijangka bakal mel4hirkan seorang bayi perempuan pada Februari.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber :trending media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!