Daripada C1kgu Kini Sudah Jadi Ister1, Mula-mula Mengenali Ketika Su4mi Tingkatan 4, Wan1ta Ini Ceritakan Perjalanan Perkenalannya

Jurang usia bukan halangan untuk gu ru muzik, Nurhanis Zahidah Hashim ber temu jodoh dengan Muhammad Hazim Zainal yang 11 tahun lebih muda daripada nya. Sebaliknya, keikhlasan Muhammad Hazim, 23, yang menambat hati dan me yakinkan Nurhanis Zahidah, 34, untuk menerima lamaran bekas pelajarnya itu.

Mereka hanya sempat ber kenalan dengan lebih rapat selama lima bulan saja sebelum menjadi suami isteri selepas selamat diijabkabulkan pada 10 Disember lalu di Masjid Taman Rinting, di sini.

Menurut Nurhanis, dia pernah ber kahwin sebelum ini dan dikurniakan dua anak yang kini berusia lima serta enam tahun namun jodohnya dengan bekas suami tidak panjang apabila sepakat untuk berpisah pada 2017.

Sejak itu, Nurhanis banyak meng habiskan masa dengan kerja dan anak malah tidak pernah terlintas atau merancang untuk mencari pengganti.

“Saya men genali suami sewaktu dia di tingkatan empat ketika melatihnya untuk pasukan muzik sekolah.Bagaimanapun, hubungan kami hanya sekadar guru dan pelajar memandang kan saya masih bersuami ketika itu.

“Selepas dia (suami) tamat sekolah, kami tidak ber hubung langsung namun kebetulan bertemu semula dalam majlis perjumpaan semula (reunion) pelajar muzik pada Disember 2020,” katanya ketika dihubungi HarianMetro.

Menurut Nurhanis, selepas perjumpaan itu, dia dan Muhammad Hazim masih tidak berhubung dengan satu sama lain walaupun dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp yang sama.

“Hampir tiba tarikh ulang tahun kelahiran saya, saya terima kiriman Whats App dari pada suami.Dia nyatakan hasratnya untuk ber kenalan lebih rapat dan minta izin untuk tidak lagi memanggil saya cikgu.

“Terkejvt juga namun saya cuba memberi nya peluang dan nampak dia ber sungguh apabila membawa saya bertemu keluarganya pada bulan kedua perkenalan iaitu ketika Aidiladha tahun lalu. Kemudian, saya pula mengajak nya bertemu dengan keluarga saya,” katanya yang mengajar di sebuah sekolah, di sini.

Nurhanis berkata, pada awalnya, keluarga dua pihak agak ragu-ragu dengan keputusan mereka untuk berkahw1n disebabkan perbezaan umur.

“Keluarga saya berasa dia (suami) terlalu muda dan keluarga suami pula melihat ada jurang umur ketara antara kami namun persepsi itu hanya ada pada peringkat awal saja.

“Melihat kesungguhan kami, keluarga beri lampu hijau untuk teruskan hubungan malah saya jadi lebih yakin kerana anak-anak juga menerimanya. Kiranya, semuanya di permudahkan buat kami,” katanya.

Nurhanis mengakui bukan mudah untuknya membuat keputusan untuk berkahwin lagi selepas sekian lama bergelar ibu tung.gal.

“Bagi mendapatkan kepastian sama ada pilihan dibuat betul atau tidak, saya lakukan solat hajat dan istikharah.Daripada situ, Allah beri keyakinan untuk buat keputusan dan saya sebenarnya tertarik dengan suami kerana dia seorang yang sederhana, rendah diri dan matang walaupun masih muda.

“Dia juga tidak nampak mahu mengambil kesempatan kerana sudah berkerjaya, menenangkan dan faham misi perkahwinan saya,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Hazim bersyukur kerana perkahwinannya dengan Nurhanis direstui keluarga kedua belah pihak.

“Saya sayangkan isteri jadi umur bukan persoalan kerana bagi saya, ia bukan penentu kebahagiaan seseorang.Apa yang penting, kami serasi dan keluarga restu. Ramadan tahun lalu, kami pernah berkhatam al-Quran bersama dan berharap dapat bersama-sama lakukan lebih banyak aktiviti yang menjurus ke arah kebaikan selepas ini,” katanya.

VIDEO

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : HMETRO via www.awatttsyeikhh.com

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!