Zara Zya Ada Hubungan Istimewa Ke? Hadiahkan Kasut Jenama Mewah Kepada Dato Alha Alfa

Baru-baru ini, usahawan kosmetik terkenal, Dato Alha Alfa berkongsi beberapa momen sekitar sambutan hari lahirnya yang ke-33 di media sosial termasuklah mendapat hadiah hari lahir dari pelakon jelita, Zara Zya.
Kasut Jenama Mewah Dari Perancis Sebagai Hadiah Hari Jadi Buat Alha Alfa
View this post on Instagram
Menerusi sebuah hantara di Instagram, Alha meluahkan rasa teruja apabila mendapat kasut rekaan terkini dari jenama mewah Perancis, Christian Louboutin sebagai hadiah hari hari lahirnya pemberian Zara.
View this post on Instagram
“@zarazya! yeay arini dapat powww kasut paling mahal n design paling latest kat sini 😍😍🤪🤪 sebuk sangat tanya nak hadiah apa kan! ahahaha tqqq daun keladi! 💃🏻💃🏻💃🏻💃🏻💃🏻👻”-tulis Alha
“Diorang Ade Pape Ke Ni Haish”-Netizen
Dalam pada itu, turut menarik perhatian adalah komen-komen yang diberikan oleh netizen yang berteka-teki mengenai hubungan mereka yang disifatkan sebagai sesuatu yang istimewa. Malah ada diantara mereka turut meminta Alha dan Zara untuk segera mendirikan rumah tangga.
Meskipun begitu, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin mengakui hubungan mereka hanya sekadar berkawan dan sudah menjadi kawan baik sejak lebih dari lima tahun yang lalu. Untuk info, ini bukan kali pertama hubungan mesra mereka diperkatakan.
Terdahulu, sekitar Oktober peminat turut membuat spekulasi mengenai Alha dan Zara selepas kedua-duanya kelihatan mesra ketika menyambut ulang tahun kelahiran pelakon itu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Baru Press
Sumber : muraimy