Cef v1ral murah senyuman dah m0ve on selepas ‘kehil4ngan’… akui lesung pipit jadi tar1kan, cuma j0doh tak kunjung tiba

PERJALANAN enam tahun jejaka ini dalam bidang perhotelan bagaikan terhenti apabila pandemik Cov1d-19 melanda.
Biarpun kehilangan kerja, cef dari Melaka ini tidak putus harapan, sebaliknya dia mengorak langkah demi meneruskan kelangsungan hidupnya.
Menurut Amieroul Shahril Shariffudin, 25, dia pada awalnya turut terk1lan, namun menerima ketentuan itu dengan hati terbuka.
“Sebelum Cov1d-19, saya bekerja sebagai cef hotel. Selepas kedatangan pandem1k, saya kehilangan kerja. Pada awalnya, sudah tentu saya kecew4.
“Saya seronok dalam industri ini. Kawan-kawan pun ramai. Dalam sebulan juga saya duduk di rumah dan tak bekerja.
“Sejujurnya rindu dengan suasana kerja di hotel. Dapat banyak ilmu, pada masa sama dapat jumpa pelbagai jenis orang,” ujarnya yang senang disapa Amieroul.
View this post on Instagram
Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, dia kini bekerja sebagai cef di restoran Smoke and Grill yang terletak dalam Villa Kampong Pak Ali, Melaka.
Amieroul pernah menjuarai pertandingan memasak ketika mengikuti latihan di PLKN.
Biarpun suasananya berbeza, Amieroul bersyukur dengan rezeki itu dan menganggap ia sebagai satu proses kematangan dalam kerjayanya.
“Bila bekerja di tempat baru, mesti ada cabaran. Contohnya, saya kena belajar resipi baharu dan ikut cara masakan di tempat itu. Kena ikut standard kedai tersebut.
“Kalau kedai makan atau restoran, kita kejar masa. Tapi di hotel, sudah ada waktu-waktu yang ditetapkan untuk hidang makanan.
“Pada saya, memasak ini tidaklah begitu sukar. Paling penting, kena masak dengan ikhlas. Apabila kita buat dengan ikhlas, InsyaAllah hidangan juga akan rasa sedap,” ujarnya.
Dalam pada itu, video Amieroul sedang memasak yang dikongsi ke media sosial turut meraih sehingga ratusan ribu tontonan.
Selain terpaku dengan kemahirannya memasak, ada juga net1zen lebih tertarik untuk melihat senyuman dan lesung pipit jejaka itu.
Kata Amieroul, dia bersyukur dengan penerimaan posit1f dan berterima kasih atas sokongan yang diberikan net1zen.
“Saya sebenarnya ada perasaan m4lu, tak boleh nak berhadapan dengan orang. Jadi, saya beranikan diri untuk buat video TikTok.
“Saya buat video secara spontan saja, tiba-tiba ramai orang suka. Ketika mula-mula vir4l, saya pun rasa terkejvt.
“Ada juga terbaca komen mengenai senyuman dan lesung pipit saya. Mungkin itu juga yang jadi tarikan kepada video saya. Tapi, jod0h tak ada juga,” ujarnya dalam nada berseloroh.
Mengenai dirinya, Amieroul mended4hkan dia sebelum ini pernah belajar dalam bidang Automotif, namun ia tidak kena dengan jiwanya.
Selepas menjuarai pertandingan memasak ketika mengikuti kursus di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), dia membuat keputusan untuk menyambung pengajian dalam bidang Penyediaan Makanan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKBN) Alor Gajah, Melaka.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
Sumber : mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.