Gad1s Sek0lah Terkejvt Ditawar Hantaran 30K, Rupanya Ciri Istimewa Jadi Dambaan Lel4ki

Isu wang hantaran sememangnya hangat diperkatakan sejak zaman dahulu lagi. Bak kata orang kalau si gadis pandai serba serbi, pasti yang meminang tidak kisah jika nilai yang diletakkan itu tinggi. Tapi tidaklah sehingga dilihat seperti menju4l anak pula.

Sebuah video dari akaun TikTok culengg00 tul4r sejak dia berkongsikan kemahirannya menukar tayar kereta. Namun siapa sangka, tidak lama selepas itu ada pula seorang jejaka yang menyatakan bahawa dengan skill yang dimiliki, gadis itu layak untuk menerima hantaran walau nilainya RM30 ribu sekalipun.

 

Tidak lama selepas itu, gadis ini membuat video lain untuk memberi respon terhadap komen tersebut. Dia berasa masih tidak layak untuk menerima tawaran sebegitu rupa.

Tambahnya lagi, dia sendiri masih mempunyai kekurangan kerana dia bukanlah seseorang yang pandai atau suka memasak namun setakat ini sudah mahir membuat karipap.

Sejak dimuat naik semalam, video berkenaan telah meraih 500 ribu jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata net1zen mengagumi pemilik video ini kerana berani untuk belajar dalam bidang automotif.

Bukan itu sahaja, ramai juga antara mereka berseloroh tidak kisah sekiranya gadis tersebut belum mahir memasak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : Tiktok culenggo via www.viralmy.me

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!