Peniaga bundle sedekah pakaian, lebih 100 pelanggan yang terdiri daripada m4ngsa b4njir pada hari tersebut.- “Ada yang bawa duit RM10’’

TRAGEDI banjir yang melanda beberapa negeri ternyata meruntun hati kita semua.

Dalam duk4 yang melanda, ramai rakyat negara ini turut mengambil peluang untuk memberi b4ntuan mengikut kemampuan masing-masing.

Tidak terkecuali seorang peniaga bundle di Seksyen 16, Shah Alam, Selangor yang membuat agihan baju percuma pada Ahad.

Menurut Mohd Ismail Abdullah, 38, dia terpanggil untuk menghulurkan b4ntuan memandangkan ramai orang sekeliling di kawasan itu teruk terjejas ekoran b4njir yang melanda.

“Pertamanya, saya bersyukur kawasan sekitar kedai dan rumah saya tidak ditenggel4mi air b4njir. Saya lihat komuniti dekat-dekat kawasan ini banyak yang terjej4s.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya tengok kedai kawan-kawan pun banyak yang ditenggelami air. Dalam keadaan itu, saya niatkan buka kedai untuk bagi pakaian secara percuma. Sesiapa yang datang, boleh ambil saja.

“Sebelum saya buka pintu kedai dah ada makcik-makcik yang menunggu kat depan. Mereka tak tahu pun yang saya nak bagi percuma, pada pagi itu saya belum buat hebahan lagi.

mael2

Kedai Z Bundle terletak di Seksyen 16, Shah Alam.

“Ada yang datang dengan duit RM10, nak beli pakaian sebab baju dipakai mereka sudah basah. Kita faham, mereka dil4nda musib4h, jadi saya pun niatkan untuk bersedekah,” ujarnya.

Mesra disapa Mael, lelaki yang berasal dari Perak itu mended4hkan dia dikunjungi lebih 100 pelanggan yang terdiri daripada m4ngsa banjir pada hari tersebut.

Saya terharu dapat bantu, saya bukannya Ustaz Ebit Lew.

MAEL

Antara yang diagihkan secara percuma termasuklah baju, seluar dan baju sejuk.

Dalam pada itu, Mael akui puas dapat menghulurkan bantuan mengikut kemampuannya sendiri.

“Saya sed1h tengok mereka. Kebetulan pusat pemindahan hanya 400 meter dari kedai saya. Yang mana datang, saya minta mereka uar-uarkan pada orang lain pula.

“Saya terharu dapat bantu, saya bukannya Ustaz Ebit Lew. Kali ini rasa berbesar hati dapat bantu mereka yang sedang memerlukan.

“Lagi terkejut bila video di kedai bundle saya turut viral di TikTok. Saya terharu baca komen netizen semua,” ujarnya lagi.

mael 5

Mael puas dapat memb4ntu orang ramai yang terkesan dek benc4na yang mel4nda.

Dalam video tular itu, kelihatan seorang wanita seb4k selepas dia menerima pakaian percuma yang diberikan oleh Mael di kedainya.

Video itu sehingga kini meraih lebih 64,000 tontonan di aplikasi TikTok,

Menurut Mael, kedai Z Bundle itu sebelum ini diusahakan oleh bekas majikannya, namun ia diambil alih oleh dia sendiri pada tahun 2017.

Imbas Mail yang sudah 15 tahun berniaga, dia sebelum ini turut terj3jas teruk dek pand3mik yang melanda negara sejak tahun lalu.

“Saya ni baru saja terlepas. Baru nak bernyawa selepas c0vld-19 melanda. Masa c0vld-19, agak per1t sebenarnya.

“Dulu saya makan gaji, kemudian saya ambil alih daripada bos pada tahun 2017. Saya ni dikira bernasib baik sebab berniaga sendiri, tiada staf.

“Isteri saya kerja pembantu klinik. Ketika kedai tak dibuka, dia yang banyak bantu selama ini,” ujarnya lagi.

Sumber :mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!