Isteri Ikmal Amry Meng1dam Nasi Goreng Hotel Langkawi

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon berkata dia berjaya merealisasikan hajat isterinya, Najla Shamsul yang kini sedang ham1l anak pertama mereka.
Menurut Ikmal, isterinya yang kini sar4t ham1l tujuh bulan mengidam mahu menikmati Nasi Goreng di sebuah hotel terkemuka di Langkawi.
“Dalam banyak-banyak makanan yang dia mengidam, ni paling susah nak dapatkan. Kenapa susah? Dia nak Nasi Goreng St Regis, Langkawi. Kitaorang makan Nasi Goreng ni time honeymoon.
“Tapi semua yang dia teringin nak makan Alhamdulillah Am tunaikan kecvali Nasi Goreng Ni Je Am hold dulu. Ye lah Langkawi weh!,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ikmal meluahkan rasa syukur apabila hajat tersebut dapat ditunaikan apabila dia mendapat tawaran berlakon filem di Langkawi selepas dua minggu isterinya mengidam ingin makan nasi goreng tersebut.
“Tapi Allah sebaik perancang. Lepas dua mnggu dia teringin nak makan tu. Am dapat satu offer filem shoot di Langkawi. Allahuakbar.
“Ni rezeki awak sayang, Allah susun cantik je. Am dapat shooting di Langkawi supaya boleh bawak you makan di St Regis Langkawi,” tulisnya.
Terdahulu, Ikmal dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 19 Disember tahun lalu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
Sumber : rotikaya
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.