Ibu mentuaku Leelawathe!- anggap ibu mentuanya seperti ibu kandung serta rakan baik

Kuantan: Perbezaan kaum dan agama sedikit pun tidak menghalang Farah Diana Abu Bakar dan ibu mentuanya, K Leelawathe untuk akrab.

Kemesraan mereka dapat dilihat menerusi perkongsian video dimuat naik Farah Diana, 32, di TikTok.

Menerusi video itu, Leelawathe, 62, kelihatan ceria, malah dengan senang hati memuji kecomelan Farah Diana yang ketika itu menjemputnya dengan kereta di rumah untuk keluar berjalan.

Bercerita lanjut, Farah Diana yang berasal dari Jengka dan kini menetap di Pelindung di sini berkata, dia mula rapat dengan ibu mentuanya itu sejak berumah tangga dengan suaminya, Mohd Haikal Patmanathan Abdullah, 31,

Katanya, bukan setakat ibu mentua, bahkan seluruh keluarga suaminya termasuk adik-beradik ipar menerima kehadirannya tanpa prejudis.

“Sejak awal perkenalan dengan suami emak (ibu mentua) menerima saya malah dia tidak pernah menghalang sebaliknya merestui hubungan kami.

“Lagipun, suami sudah lama memeluk Islam iaitu sejak 2007 lagi jadi tidak timbul isu atau k0nflik disebabkan perbez4an ag4ma.

“Saya gembira apabila diterima baik keluarga suami kerana emak dan ayah saya sudah meningg4l dunia. Jadi, saya kini tiada siapa melainkan suami, adik-beradik dan keluarga mentua untuk menumpang kasih,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menyedari datang daripada latar belakang berbeza, Farah Diana sejak awal lagi berusaha menyesuaikan diri dengan keluarga mentua supaya tidak wujud jurang antara mereka.

“Bagi saya, apa yang penting adalah kita pandai bawa diri, tak sombong dan cuba berborak apabila bersua.

“Apabila datang ke rumah emak, saya akan bawakannya makanan dan alhamdulillah, anak saudara sebelah suami pun sukakan saya.

“Itu yang saya amalkan daripada awal perkenalan dengan suami hingga sekarang,” katanya.

Berhubung perkongsiannya di TikTok, Farah Diana mengakui terkejut kerana video itu dimuat naiknya pada akhir Oktober lalu, tetapi baru hari ini (semalam) meraih perhatian.

“Kebetulan, saya ada muat naik satu video semalam (kelmarin) dengan harapan dapat menambah pengikut kerana ada perancangan menjalankan perniagaan nanti, namun video lama dengan emak itu pula yang meraih banyak tontonan.

“Video itu dimuat naik sebelum perayaan Deepavali lalu dan ketika itu kami mahu keluar berjalan.

“Saya gembira sangat kerana ramai beri kata positif di ruangan komen malah turut mendoakan kesihatan emak mentua,” katanya.

Sementara itu, Leelawathe yang juga bekas pes4kit bar4h p4yudara berkata dia amat menyayangi Farah Diana dan menganggap menantunya itu seperti anak kandung sendiri.

“Hubungan kami macam emak dan anak kandung serta ada kalanya seperti rakan baik.

“Kami sering keluar bersama dan saya juga sering ajaknya datang ke rumah untuk makan kerana tinggal berhampiran.

“Dia juga ada bawa makanan dimasaknya sebagai buah tangan untuk saya dan setakat ini, hubungan kami baik malah saya juga jamunya dengan makanan ketika perayaan Deepavali.

“Jujurnya saya tiada masalah ada menantu daripada agama berlainan kerana abang kandung dan ada ahli keluarga lain yang sudah mem3luk Islam,” katanya.

Sumber : HM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!