“Gagal Bayar Pampasan RM200,000 “-Mahkamah arah harta dan rumah Sajat di Kota Damansara dilel0ng,

MAHKAMAH Tinggi Shah Alam pada Selasa mengarahkan harta usahawan kontrov3rsi, Nur Sajat disita sebagai tuntutan pampasan RM200,000 yang gag4l dibayar kepada bekas stokis utamanya, OWA Resources Sdn. Bhd.

Perintah penyitaan itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Farah Wahida Md. Nor selepas membenarkan permohonan Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32 dari OWA Resources.

Pelaksanaan writ penyitaan dan penjualan dijalankan pukul 10.30 pagi di rumah Nur Sajat atau nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruz zaman, 36, yang beralamat di Kota Damansara, Selangor.

Permohonan itu susulan kegagalan Nur Sajat membayar jumlah penghakiman pada bulan Disember tahun lalu.

sajat 2

Sajat kini dilaporkan berada di Australia.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati Sajat tidak memberi sebarang maklum balas untuk membayar pampasan setelah gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada April lalu bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkannya membayar ganti rugi kepada OWA Resources.

Menerusi satu kenyataan media yang dihantar kepada mStar, peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors yang mewakili Nurwati dan Syakir berkata, anak-anak guamnya mahu menuntut semula pampasan yang diarahkan dibayar oleh mahkamah.

Sekiranya, pihak defendan tidak membuat bayaran, semua barang yang disita akan dilelong pada 14 Disember ini!

NURUL HAFIDZAH HASSAN

PEGUAM PLAINTIF

Barang-barang yang disita akan dilelong di bawah harga pasaran untuk menebus p4mpasan yang perlu dibayar kepada pihak plaintif.

Malah, penyitaan terhadap aset lain milik Sajat juga akan dilakukan sekiranya hasil pungutan lelongan itu tidak mencukupi membayar hut4ng saman penghakiman berkenaan.

“Writ penyitaan dan penjualan telah pun ditampal di premis defendan pada hari ini (Rabu).

“Sekiranya, pihak defendan tidak membuat bayaran, semua barang yang disita akan dilelong pada 14 Disember ini.

“Jika jumlah pungutan wang hasil dari lelongan masih tidak mencukupi melalui penjualan barang yang telah disita hari ini, anak-anak guam akan mengambil langkah seterusnya bagi menyita aset-aset lain yang boleh disita dan dijual,” ujarnya.

sajat 3

Nurul Hafidzah Hassan (kiri) mewakili Nurwati dan Syakir mahu menuntut pampasan daripada Nur Sajat.

Sebelum ini, media melaporkan Sajat bakal tersenarai dalam kalangan individu muf1s di negara ini selepas pemfailan pemiut4ng dilakukan terhadapnya di Mahk4mah Tinggi pada 22 Oktober lalu.

Prosedur tersebut merupakan langkah terakhir bagi menuntut pembayaran penghakiman RM200,000 daripada Sajat kepada Owa Resources yang merupakan bekas stokis utama bengkung usahawan terbabit.

Petisyen berkenaan difailkan selepas notis kebankrapan yang telah dikeluarkan terhadap usahawan berkenaan tidak mendapat sebarang maklum balas.

Menerusi perintah bankrap, Sajat boleh diisytiharkan muflis seterusnya menyebabkan segala as3t termasuk rumah dan akaun bank milik lelaki terbabit diuruskan Jabatan Insolvensi.

Sumber :mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!