‘baby bump’, Elvina rasa serba salah bila rakan selebriti ucap tahniah

GARA-GARA memuat naik foto memperlihatkan baby bump dengan kapsyen ‘mak buyong’, pelakon Datin Elvina dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti.

Disangka sedang hamil anak kedua, Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 26, mengakui berasa serba salah kerana perkongsian itu hanya penampilannya dalam sebuah drama berjudul Lockdown.

“Saya tak h4mil, ramai yang sangkakan saya h4mil. Sebenarnya gambar yang saya upload dekat Instagram tu dalam set drama Lockdown.

“Saya minta maaf, rasa serba sal4h pula bila dah post lepas tu orang ramai cakap tahniah,” katanya kepada mStar.

Rata-rata rakan artis dan peminat untuk memberi komen mengucapkan tahniah dan mendoakan selamat melalui proses bersalin.

Antara komen rakan artis dan n3tizen di Instagram.

Ahhh so happy for you. Oh my goodness! Congratulations sayang.

“Yea second one is on the way. Join the club, mother of two!

“Yeay Karl Mateen nak dapat adik!” antara komen rakan artis pada perkongsian itu.

Dalam pada itu, pelakon yang popular dengan drama Takdir Yang Tertulis ini tidak menafikan mempunyai berkeinginan untuk menimang cahaya mata kedua apatah lagi usia anak pertamanya Karl Mateen sudah memasuki dua tahun.

InsyaAllah kalau ada rezeki saya akan share. Tak ada nak sembunyi-sembunyi.

ELIVINA MOHAMAD

PELAKON

“Ramai yang mendoakan dan tanya bila nak ada next baby. Karl dah besar dan kita pun tak ada planning lagi untuk baby kedua.

“InsyaAllah kalau ada rezeki saya akan share. Tak ada nak sembunyi-sembunyi.

Elvina berkeinginan untuk menimang cahaya mata kedua sekiranya ada rezeki.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya,” ujarnya.

Untuk rekod, Elvina mendirikan rumah tangga dengan Haniff pada 18 Mac 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki Karl Mateen yang kini berusia dua tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mStar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!