“Busana Rozita Che Wan Cecah RM50,000!”..Fesyen ini Pendek Kata Kenalah Dengan Musim Pand3mik

Kemunculan pelakon jelita Rozita Che Wan atau dikenali ramai sebagai Che Ta sebagai ‘muse’ pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail di Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) 2021 petang semalam di sebuah hotel terkemuk4 tanah air ternyata mencvri tumpuan ramai.

5000 Butir Batu Berlian

via @blackpepperproduction

Mana tidaknya pelakon dan ahli perniagaan sens4si itu sanggup berfesyen dengan menutup mukanya dengan kain jaring atau ‘net’ yang ditinta dengan batu berlian berwarna perak sepanjang majlis berlangsung sehingga tul4r di media sosial. Difahamkan, Che Ta telah menyarung gaun moden rona hitam rekaan pereka berkenaan menggunakan fabrik jenis twill dijahit penuh dengan lebih 5000 butir batu berlian dan ‘chunky bead’.

Baju Che Ta & Ezuwan Memang ‘Letopan’! 

via @blackpepperproduction

Sesuai dengan imejnya sebagai seorang yang gemar berfesyen gaun tersebut dianggarkan berh4rga RM50,000. Uniknya lagi, proses menyiapkannya dikatakan telah memakan masa selama sebulan kerana semuanya dibuat secara ‘hand made’ atau jahitan tangan. Bagi sarung tangan dan pelitup muka rona sama masing masing menggunakan ‘net’ juga bertatah berlian berwarna perak.

via @blackpepperproduction

Tidak mahu ‘mengalah’ dengan Che Ta, Ezuwan sendiri tampil dengan sut hitam berharga RM40,000 menggunakan fabrik broket dilengkapi 10,000 butir batu ‘chunky bead’ dan berlian jahitan tangan. Fabrik ‘net’ pelitup muka dan sarung tangan juga bertatah batu jenis sama.

Rata rata melihat penampilan Che Ta dan Ezuwan menutup seluruh tubuh termasuklah bahagian muka mereka saling tak tumpah seperti gaya selebriti Hollywood, Kim Kardashian (Kim K) dan Kanye West. Tidak lari daripada kec4man, ada yang melihat gaya itu seperti melem4skan. Namun begitu, ramai terkejut kerana Che Ta yang selama ini selesa menunjukkan wajah bersolek buat kali pertama menutupi raut wajahnya dan turut diibaratkan oleh mereka sebagai Kim K versi Muslimah.

Che Ta Tampil Kelainan 

Dalam sebuah kenyataan kepada media, Che Ta berkata, dia bersetuju untuk menjadi ‘muse’ atau ‘plus one’ (pasangan Ezuwan) kerana banyak sebab selain melihat ia satu pengalaman berbeza seiring dengan era pand3mik menuju endemik ini.

“Kami memang berkawan baik. Malah saya rasa permintaannya untuk berfesyen macam ini bukan selalu atau seperti lazimnya. Jadi kenapa saya nak menol4k. Ia satu kelainan.

“Lagipun pelitup muka itu menggunakan kain jaring yang ada terang terang ada lubang atau ‘udara’. Memanglah saya boleh bernafas. Kalau guna kain yang bertutup semua tanpa ada ‘udara’, saya sendiri fikir banyak kali. Barangkali s3mput juga saya jadinya.

“Cuma sedikit mencab4r saya harus kekal dengan gaya sebegitu sepanjang majlis. Tetapi sesekali orang tak payah tengok muka kita dalam acara seumpama itu, why not. Telefon bimbit pun saya terpaksa abaikan ketika majlis berlangsung,” katanya yang turut menjadi penyampai trofi pada acara itu.

Sementara itu, Ezuwan yang sudah lapan tahun mengukuhkan jenama fesyennya percaya dan yakin Che Ta mampu ‘carry’ ilham dan imaginasi rekaannya pada acara yang turut mendapat kerjasama jenama Lexus itu.

“Apabila diundang ke acara itu, nama Che Ta terlintas dan pantas bermain di minda. Cuma apabila dia bersetuju nak tutup wajahnya saya sendiri tak menyangka.

“Semua tahu, dia antara selebriti yang mengutamakan penampilan diri dengan wajah siap bersolek cantik. Tapi dia jenis yang tak banyak songeh dan sempoi.

“Tiada istilah meniru atau dibayangi sesiapapun. Fesyen ini pendek kata kenalah dengan musim pand3mik,” kata Ezuwan

Untuk rekod, Janna Nick yang baru dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH)ke-34 juga tampil dengan gaya seakan sama di samping kekasih hatinya Dini Schatzmann yang turut memakai penutup muka seakan-akan karakter di dalam filem Korea popular, Squid G4me ketika menghadiri acara itu. Acara KLFA yang berlangsung di Hotel Shangri La itu telah dihadiri lebih 80 orang pereka fesyen di samping selebriti ternama lain.

Kategori dipertandingkan dalam KLFA turut menyaksikan warga kreatif industri fesyen dihargai termasuklah pereka Alia Bastamam, jurusolek Khir Khalid serta ramai lagi.

Sumber :Murai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!