Baru je Pengarah Restoran beri penjelasan Sotong goreng RM100, sekali ini tindakan pantas KPDNHEP

GEORGE TOWN – Pengusaha Restoran Hameediyah di Lebuh Campbell di sini dikehendaki memberikan maklum balas dalam tempoh dua hari kepada pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Timur Laut susulan tul4r dua ekor sotong goreng dijual dengan harga RM100.
Pengarahnya, Mohd. Ridzuan Ab Ghapar berkata, tiga Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP pejabat Cawangan Timur Laut telah menjalankan pemeriksaan di restoran nasi kandar itu hari ini.
Katanya, pihaknya telah mengeluarkan satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 kepada pengusaha restoran bagi mendapatkan maklumat serta harga kos dan jualan bagi sotong goreng.
Pegawai KPDNHEP Pulau Pinang memeriksa restoran nasi kandar tersebut di Lebuh Campbell, hari ini.
“Pengusaha dikehendaki memberikan maklum balas notis dalam tempoh dua hari bekerja atau sehingga 26 November ini kepada pejabat Cawangan Timur Laut.
“Sekiranya gagal mengemukakan maklum balas yang diminta, pengusaha boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Ridzuan berkata, semasa pemeriksaan dijalankan, pegawai penguat kuasa telah mengambil rakaman percakapan peniaga mengenai isu yang telah tular bagi membantu si4satan lanjut.
Tular dakwaan dua ekor sotong goreng dijual dengan harga RM100.
Terdahulu, tular di media sosial selepas seorang individu memuat naik gambar nasi beriani berlaukkan sotong dan sekeping resit yang memaparkan harga bagu dua ekor sotong goreng di sebuah restoran di sini adalah RM100
Tular 2 sotong goreng RM100, pelanggan boleh tukar lauk
“Itu adalah harga bagi dua ekor sotong goreng yang mana setiap satu berharga RM50, mengikut saiz.
“Pelanggan sudah maklum mengenai harganya pada paparan skrin ketika mahu membayar dan jika tidak bersetuju, mereka boleh menukarnya dengan lauk lain.”
Itu kata Pengarah Restoran Hameediyah Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim, 30, mengenai gambar resit yang tular.
Pelanggan restoran berkenaan mendakwa, sotong terbabit dijual pada harga tidak munas4bah.
Muhammad Riyaaz berkata, terdahulu, pelanggan dipercayai penduduk tempatan itu berkunjung ke restorannya pada tengah hari dan meminta hidangan sotong goreng bersaiz besar.
Katanya, ketika di kaunter pembayaran, pelanggan terbabit sudah maklum mengenai harga kedua-dua hidangan yang diambil dan mereka hanya diam serta tiada bantahan mengenainya.
“Sehinggalah malam tadi, saya menyedari gambar resit yang dibayar pelanggan itu tular di media sosial. Namun hari ini, orang ramai masih berkunjung seperti biasa tanpa sebarang isu.
“Tindakan itu tidak tepat kerana mereka mempunyai pilihan sama ada menukarnya dengan lauk yang lain atau boleh batalkan pembelian,” katanya ditemui di Lebuh Campbell di sini, hari ini.
Resit sotong goreng itu yang dijual pada harga RM100 bagi dua ekor, tular di media sosial sejak semalam dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai.
Tinjauan Harian Metro mendapati, restoran berkenaan tetap dikunjungi pelanggan meskipun isu itu tular.
Terdapat paparan tanda harga yang jelas diletakkan di restoran berkenaan berkaitan harga sotong goreng antara RM10 hingga RM150, mengikut saiz.
Dua penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut berada di restoran berkenaan bagi melakukan semakan dan pemantauan, namun tidak mengulas lanjut.
Sementara itu, Hamizah Ibrahim, 37, dari Ipoh, Perak berkata, dia mengetahui mengenai dakwaan tular itu sejak semalam.
“Saya dan suami memang sudah merancang mahu cuba menikm4t1 hidangan nasi kandar di sini, dan harga yang dikenakan juga tidak terlalu mahal,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
sumber : http://trendingsangat.pw/