Dira Abu Zahar, jadi artis pertama menang pilihan raya “Selamat berkhidmat untuk rakyat “

MENCIPTA sejarah tersendiri apabila Datuk Khaidiriah Abu Zahar atau Dira kini menjadi selebriti pertama bergelar wakil rakyat selepas men4ng Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim.

Dira, 37, menang atas tiket Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 1,327 menewaskan dua lagi calon selepas memperoleh 4,037 undi.

Dua lagi calon iaitu Azalina Abdul Raman (PN) pula meraih undi sebanyak 2,710 undi manakala calon PH, Prasanth Kumar dengan 2,163 undian.

Terdahulu, Dira membuat kelainan apabila menjadi calon PRN Melaka terakhir yang mengvndi.

247738019_193557749607994_4242464992457299987_n

Sebelum aktif berpol1tik Dira terkenal menerusi beberapa drama seperti Tahajud Cinta dan Dahlia.

Dia hadir ke Sekolah Kebangsaan Merlimau 1, kira-kira pukul 3.10 petang, Sabtu.

Sebelum terjun ke bidang politik, Dira terkenal sebagai pelakon menerusi beberapa drama seperti Tahajud Cinta dan Dahlia selain membintangi banyak filem antaranya Chow Kit, Kil, Lari, Longkai dan filem terakhir ialah Kimchi Untuk Awak.

Sementara itu semakan di Instagram wakil rakyat baharu ini, rata-rata netizen memberikan ucapan tahniah selain mengucapkan selamat berkhidmat.

256642590_215025147439041_814560863178065027_n

Dira ketika beramah mesra dengan pengvndi DUN Rim baru-baru ini.

“Tahniah Dira, semoga menjalankan am4nah dengan telus.

“Nanti jangan lupa bawa penambahbaikan kepada sistem pengangkutan awam di negeri Melaka,” kata netizen.

PRN Melaka menyaksikan persaingan sengit apabila 112 calon disahkan akan bertanding untuk merebut 28 kerusi DUN.

Ia diadakan ekoran pembubaran DUN Melaka yang ke-14 pada 4 Oktober lalu seperti mana di bawah Fasal (2) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka ekoran empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan kepada ker4jaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md. Ali.

Sumber :mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!