Kalau Dah Jodoh Tu Memang Jodoh Lah Kan

PERTEMUAN pasangan ini bermula sebagai pes4k1t dengan d0ktor gigi, namun siapa sangka hubvngan mereka akhirnya bertukar menjadi suami isteri!

Bak ungkapan yang biasa dilontarkan ‘jodoh itu rahsia Allah’, pasangan ini membuktikan kebenaran kata-kata tersebut.

Berkongsi kisah mereka menerusi dua keping gambar ketika mula-mula bertemu di klinik pergigian dan di atas pelamin, ternyata perkongsian di laman Twitter itu meraih sehingga melebihi 7,500 retweet selain dibanjiri ratusan komen n3tizen.

Menurut gerangan nama yang hanya mahu dikenali sebagai Dr Haziqah, pertemuan pertamanya dengan suami yang hanya mahu disapa sebagai, Syameem, 26, berlangsung pada Mac tahun lalu ketika lelaki itu berkunjung ke klinik pergigian di hospital tempatnya bekerja untuk melakukan r4watan gigi.

“Suami sebenarnya kawan kepada kawan saya. Dia buat janji temu untuk rawatan ‘scaling’ gigi. Sayalah yang handle. Itulah pertemuan pertama kami kerana memang saling tak mengenali pun sebelum itu.

Pas4ngan ini diijabkabulkan pada 5 November lalu.

“Masa saya buat treatment tu, berlaku satu peristiwa lucu. Suami tanya pasal air kumur… saya bergurau saja tapi tak sangka dia buat betul-betul. Masa tu saya nampaklah ciri pertama padanya yang memang baik.

“Tapi saya rasa s3rba s4lah pula buat patient macam tu. Selepas selesai buat treatment, saja ambil gambar sebab nak hantar kepada kawan kami tu. Tak sangkalah jodoh berpanjangan pula,” kata d0ktor gigi berusia 24 tahun ini.

Gambar di sebelah keluarga Dr Haziqah.

Menurut Dr Haziqah yang berasal dari Melaka, selepas lebih setahun mengenali hati budi masing-masing, mereka sepakat untuk mengikat tali pertunangan pada April lalu, dan selamat diijabkabulkan pada 5 November baru-baru ini.

Tambahnya lagi, apa yang membuatkannya tertarik kepada lelaki k3lahiran Pasir Mas, Kelantan itu adalah kerana sikapnya yang bertanggungjawab dan layanan kepada orang tua serta keluarga.

Selepas selesai buat treatment, saja ambil gambar sebab nak hantar kepada kawan kami tu. Tak sangkalah j0doh berpanjangan pula.

DR HAZIQAH

“Kalau nak sentuh pasal bagaimana saya boleh adapt dengan loghat atau makanan di Kelantan, sebenarnya saya dah biasa kerana pernah bertugas di Kelantan sebelum b3rk4hwin.

“Kalau keluarga mentua serta ipar duai bercakap, saya faham… tapi kalau saya nak balas dalam loghat Kelantan tu yang pay4h. Dah bunyi macam bahasa Siam yang keluar. Jadi saya cakap bahasa standard saja,” ujarnya.

Gambar sebelah keluarga pengantin lelaki.

Ujar doktor muda ini lagi, dia sama sekali tidak menyangka perkongsian yang dibuat secara suka-suka itu menjadi tvlar di Twitter.

“Suami yang perasan dulu… makin lama makin ramai pula retweet. Yang buat saya tergelak, ramai pula nak pergi buat treatment gigi sebab mana tahu jumpa jodoh juga selepas ini.

TWITTER

Perkongsian kisah pertemuan Dr Haziqah dengan suaminya menjadi tular di Twitter.

“Tiada apa yang saya harapkan daripada tvlarnya perkongsian ini, cuma doakan rumah tangga kami bahagia sentiasa. Lagi satu, janganlah t4kut untuk datang jumpa doktor gigi.

“Kadang-kadang tu ada yang tak pernah pergi langsung sebab takut dengan doktor gigi, atau hanya pergi kalau dah s4kit. Selalulah berkunjung ke klinik gigi… datang buat pemeriksaan pun tak apa. Manalah tahu kalau-kalau boleh jumpa jodoh juga,” katanya berseloroh.

Sumber :mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!