Puteri Bill Gates Akad Nikah Secara Islam, Suami Dia Bukan Calang2 Orang

JENNIFER GATES, anak perempuan pengasas Microsoft, Bill Gates, akhirnya menikah dengan teman lelakinya, Nayel Nassar. Majlis resepsi diadakan pada hari Sabtu lalu di rumahnya, di Westchester, New York, Amerika Syarikat. Menurut laporan Daily Mail, perkahwinan itu berlaku dalam upacara Islam.

Suami atlet berkuda dari Mesir

Faktor utama mengapa perkahwinan anak perempuan salah seorang manusia terkaya di dunia berlaku dalam upacara Islam, kerana kepercayaan yang dipegang oleh Nassar, seorang atlet berkuda dari Mesir. Tambah laporan Daily Mail itu lagi, upacara perkahwinan berlangsung pada hari Jumaat malam di taman keluarga seluas 142 hektar di North Salem, New York.

Walaupun harganya mencapai USD 2 juta atau sekitar RM8 juta, resepsi perkahwinan tidaklah berlangsung dalam majlis yang besar. Difahamkan hanya 300 orang tetamu yang dijemput. Tetamu yang hadir kebanyakannya terdiri daripada rakan dan keluarga, dengan beberapa selebriti atau ahli politik dijemput.

Georgina Bloomberg, anak perempuan jutawan Michael Bloomberg dan rakan berkuda profesional yang memiliki ladang kuda berdekatan, adalah antara yang dijemput. Majlis resepsi perkahwinan ini juga merupakan penampilan bersama pertama untuk Bill dan Melinda Gates, yang bercerai pada Ogos lalu setelah 27 tahun berkahwin.

Bill dan Melinda berjalan bersama anak mereka, Jennifer semasa majlis akad nikah berlangsung. Kaunter penerimaan tetamu bermula sejurus selepas jam 4 petang. Bill dilihat memakai sut gelap, sementara Melinda mengenakan gaun ungu yang mengalir.

Orang ramai bersorak tidak lama selepas pasangan itu akhirnya disahkan sebagai suami isteri. Seterusnya, Bill dan anak perempuannya menari sambil diiring dengan lagu Elton John, “Can You Feel The Love Tonight”. Selepas majlis resepsi, pasangan itu mengadakan beberapa sesi foto perkahwinan peribadi di kawasan perumahan mereka.

Jennifer, yang berusia 25 tahun, muncul dengan gaun pengantin putih yang direka oleh Vera Wang. Nayel Nassar kini berumur 30 tahun. Dia adalah seorang penunggang kuda yang bertanding dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020. Dia dilahirkan di Chicago pada Januari 1991, kemudian dibesarkan di Kuwait. Ibu bapanya mempunyai perniagaan seni bina dan reka bentuk dalaman di Kuwait.

Semasa zaman sekolahnya, Nayel belajar di Sekolah Kuwait. Dia kembali ke Amerika Syarikat pada tahun 2009 untuk menyambung pelajaran di Universiti Stanford dan di sana dia bertemu dengan Jennifer. Mereka telah bersama sejak 2017, kemudian bertunang pada Januari 2020.

SUMBER: https://akupapankekunci.com/

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!