“Hi Uncles & Aunties! My name is Ana Nayla”- Ayda Jebat kongsi rakaman bayi dengan peminat

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan di sebuah pusat peruba4tan, di sini, jam 7.07 malam, hari ini.

Berita gembira itu dimaklumkan suami Ayda yang juga pengacara Nabil Mahir.

Nabil berkata, dia bersyukur apabila proses pembedahan bagi melahirkan bayi sulung dipermudahkan. “Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ayda selamat melahirkan anak pada jam 7.07 malam seberat 2.77 kilogram,” katanya ringkas kepada Harian Metro.

Terdahulu, Ayda menerusi hantaran di Instagram hari ini mendedahkan bakal melahirkan bayi sulungnya secara pembedahan seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang.

“Assalamualaikum semua. Insya-Allah ‘baby wuvv’ (gelaran bayinya) akan keluar petang ini. Seminggu awal dari tarikh yang dirancang.

“Mohon maaf kalau ada salah dan silap. Doakan saya dan bayi sihat serta selamat. Amin,” tulisnya.

Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Di beri nama Ana Nayla binti Ahmad Nabil, berikut rakaman video anak Ayda Jebat yang di kongsi di IG beliau

VIDEO :

Dalam pada itu, Nabil Mahir memohon doa dari orang ramai

“Bismillahirohmanirrohim. Hi Uncles & Aunties! My name is Ana Nayla. ( @ananaylaofficial )”
“Daughter of Daddy Nabil & Mummy Ayda.  Nice to meet you!Please berikan doa yang baik-baik for me  thank youu!”

Rata-rata rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah dan teruja dengan perkongsian rakaman anak Ayda Jebat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!